Khamis, 13 Oktober 2016

Jom Saksikan Foto Kanak-Kanak Filipina di Kawasan Sampah



Kehidupan adalah satu perjuangan,begitulah pepatah mengatakan.Bekerja demi sesuap nasi untuk makan, kenyataan ini berlaku di negara yang banyak konfik iaitu Filipina.


Jom saksikan foto berikut :


EMOSI ISTERI BERJAUHAN DENGAN SUAMI LEBIH “TAK STABIL”, KERAPKAN BERHUBUNG JIKA TERPAKSA BERJAUHAN LEBIH LAMA

Psikologi isteri yang berjauhan dari
suaminya tidak sama psikologi dengan isteri yang tinggal sebumbung dengan suaminya.

Sejauh mana kebenarannya?

Oleh Sebab itu, tempat yang terbaik bagi
seorang isteri adalah di sisi suaminya
kerana di sana akan ada sokongan emosi,perasaan, kewangan dan sosial.

Seorang isteri yang kerap bersendirian
selama beberapa tempoh menguruskan
dirinya serta anak mengalami beberapa
tekanan yang jauh lebih dahsyat berbanding isteri yang mengalami tekanan namun masih ada suami disisinya.

Tekanan yang dirasakan isteri yang
berjauhan juga tidak sama dengan tekanan suami kerana suami hanya menguruskan dirinya sahaja tanpa melibatkan pengurusan anak.

Isteri sentiasa bangkit dengan mengumpul kekuatan-kekuatan untuk hari-hari yang dihadapi. Isteri sentiasa berehat dengan fikiran yang sentiasa berjaga demi hari esok.

Maka tidak hairanlah jika tahap kesihatan seorang isteri yang berjauhan, jauh lebih teruk berbanding isteri yang tinggal sebumbung dengan suaminya.
Hati terseksa boleh menjejaskan tahap
kesihatan walau ada senyuman yang terukir.

Jauh di sudut hatinya menangis sendiri. Oleh sebab itu, jika terpaksa berhubungan secara jarak jauh, lebih keraplah bertanya khabar.

Selain boleh mengutuhkan lagi hubungan
kasih sayang, malah cinta juga makin
bersemi.