Ahad, 16 April 2017

Menurut beliau,ketika melalui kawasan Segitiga Bermuda,keadaan sekeliling sama ada langit,lautan,kiri atau kanan putih seperti kapas.Tiada lain yang beliau ingatkan pada ketika itu kecuali.....



BERMUDA Triangle atau dalam Bahasa Melayu, Segitiga Bermuda merupakan satu kawasan di barat Lautan Atlantis yang dilingkari satu garisan bayangan, seluas 1,140,000 km persegi (lebih kurang 440,000 batu persegi).

Bermula dari Pulau Bermuda ke Florida kemudian ke Puerto Rico dan berpatah semula ke Pulau Bermuda.Di kawasan segitiga ini berlaku banyak kehilangan kapal laut dan kapal terbang tanpa dikesan.

Sebelum dikenali sebagai Bermuda Triangle atau Segitiga Bermuda dikenali dengan banyak nama.Antaranya adalah Segitiga Syaitan, Kawasan Kehilangan; Segitiga Maut dan lain-lain lagi.

la memperolehi nama Bermuda Triangle setelah tersiar sebuah rencana berjudul The Deadly Bermuda Triangle dalam majalah Argosy sekitar tahun 1964.


Seorang juruterbang yang juga anak Malaysia, Kapten Dion Abu Bakar, pernah
mengalami kejadian aneh di Segitiga Bermuda.
Menurut beliau, ketika melalui kawasan Segitiga Bermuda, keadaan sekeliling sama
ada langit, lautan, kiri atau kanan putih seperti kapas.

Tiada lain yang beliau ingatkan pada ketika itu kecuali Allah dan beliau melaungkan
Azan.Sejurus selepas itu keadaan kembali seperti sediakala tetapi pesawat yang dipandu beliau berada dalam keadaan ‘spiral dive’ menjunam ke laut.

Namun kecekapan beliau memandu kapal terbang menyebabkan kapal terbang dapat dikawal sepenuhnya dan akhirnya beliau selamat tiba di Florida.


Mengenai Kapten Dion, dia pernah menjadi seorang juruterbang sewa khas untuk
syarikat penerbangan Air America sekitar 1970-an.

Menurut Dion, dia mempelajari ilmu penerbangan di Singapore Flying Club pada
tahun 1964 sebaik sahaja menamatkan pelajaran peringkat sekolah menengah.
Antara kapal terbang yang pernah dipandunya ialah Hercules C130, Boeing 747
dan 757 serta Airbus 320.

Kata Dion, pengalaman selama lebih 40 tahun sebagai juruterbang membolehkan dia
menguasai lebih 10 bahasa.

Beliau pernah menghiasi muka depan majalah Her World pada tahun 1977 selain
berlakon dalam filem terbitan Hollywood iaitu Beyond Rangoon dan beberapa filem
tempatan seperti Bisikan Cinta dan Driving School.

Kapten Dion meninggal dunia beberapa tahun lepas di Pekan, Pahang. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Al-Fatihah.

Jumaat, 14 April 2017

Kereta Lelaki Ini Dirosakkan Oleh Segelintir Peniaga Uptown Kerana Parking Terlebih Masa Di Uptown Danau Kota.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki luah rasa kesalnya dengan tindakan segelintir peniaga uptown yang tidak bertanggungjawab menjahanamkan keretanya hanya kerana parking terlebih di tapak niaga Uptown Danau Kota.

Lelaki yang tidak didedahkan nama itu tidak menyangka segelintir peniaga uptown tergamak merosakkan keretanya sehingga terpaksa mengeluar wangnya sendiri untuk membaiki kenderaannya.

Bila dah jadi begini, aku tak boleh bersabar lagi. This is another level.Kalau korang yang tak tahu, kawasan uptown ini kawasan shop lot atau office lot lama.

Senang cakap,banyak orang lama duduk sini. 10-30 tahun punya cerita, bila uptown muncul, awal-awal okey, tetapi lama-lama k.o. Bagi hangin satu badan saja.

Tapak lot dah dibagi, korang pasang disitu saja, tak boleh ke? Ini tidak, pasang sampai parking kereta. Selepas itu korang angin bila orang parking kereta di situ. Korang pecahkan kereta, calarkan, patahkan,conteng-conteng apa kes?

Kononnya uptown nak tolong orang Melayu berniaga, cari duit lebih. Ini dah macam tolong ajar jadi samseng saja. Walaupun kereta itu kacau tempat itu, beri amaran bertulis saja tak cukup ke? Ini dibaraikan kereta orang, kenapa?

Bukan kitorang parked berbulan-bulan di situ.Sekarang, beribu riban duit perlu dibelanjakan untuk repair. Nak minta korang bayar gantirugi? Memang haramlah, korang confirm tak ada duit.

Ini bukan kereta pertama menjadi mangsa korang. Banyak lagi kes yang sama dah berlaku. Yes, korang akan cakap tak semua peniaga samseng atau yang sewaktu dengannya tetapi berniaga biarlah beradab.

Laporan polis telah dibuat, rakaman CCTV dalam proses. Korang tunggulah.

Tak dapat di dunia, di akhirat nanti ada. Merangkaklah korang nanti cari orang-orang yang teraniaya ini.

Berdasarkan gambar, mangsa menerima sekeping nota yang juga menyebutnya sebagai babi, selain bahagian bonet depan dan tapi pintu keretanya dicalarkan dengan sengaja. Malah belakang bonet keretanya turut dikemekkan.

Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan mahu tindakan tegas dikenakan terhadap pelakunya.Dalam masa yang sama, mangsa menjelaskan bukan niatnya mahu memburukkan peniaga uptown, namun dia sudah hilang kesabaran apabila keretanya dengan sengaja dirosakkan.

Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku.

Dalam Akta Pelindungan Pengguna,individu yang merosakkan harta benda orang awam boleh didakwa dan jika didapati bersalah,pelaku boleh dikenakan hukuman penjara atau denda, atau kedua-duanya sekali.