Ahad, 3 April 2016

Posisi Betul Cermin Sisi Kereta

PETUA/TIPS

Antara aksesori paling penting dalam
sesebuah kenderaan ialah cermin sisi.
Walaupun ramai penunggang motosikal
membuang cermin sisi mereka atau
memasang cermin sisi sebesar siput sedut atas alasan cermin sisi itu hodoh dan mereka sanggup mati dari motosikal mereka kelihatan hodoh, cermin sisi bertanggung-jawab mengelakan kemalangan ketika memandu.

Malah, ramai pemandu kereta yang berkata mereka tidak boleh memandu
tanpa cermin sisi.

Dalam tahun 1995, Persatuan Jurutera
Automotif (SAE) telah menghasilkan satu
kertas kerja mengenai kedudukan cermin sisi yang mampu mengelakan titik buta (blind spots).

Menurut kertas kerja tersebut, pemandu
sepatutnya memastikan pemandangan
dalam cermin sisi itu bersambung dengan pemandangan yang diberika oleh cermin pandang belakang di dalam kereta kita.

Ini bermakna, posisi cermin sisi perlu jauh ke luar dan tidak menampakan badan kereta kita sendiri. Sememangnya cara ini perlu dibiasakan kerana bila kita tidak dapat melihat badan kereta kita sendiri, secara automatik kita rasakan wujud ruang atau titik buta di situ.

Sebenarnya tidak kerana ruang
itu boleh dilihat dengan cermin pandang
belakang.

Apapun, bagi mereka yang telah mencubanya dan sudah biasa dengannya, ia adalah posisi cermin sisi terbaik.

Sekiranya kenderaan anda tiada sistem
BLISS (Blind-spot Indication System) seperti di dalam Volvo atau jenama premium lain,mungkin kita boleh mencuba cara ini.

Gambarajah di bawah di ambil dari laman web Car and Driver.

Fig 1 (cara SAE)
Bila cermin sisi diubah untuk
menyambungkan pemandangan belakang yang diberikan oleh cermin

Fig 2
Gambar kereta sendiri yang berwarna biru tidak kelihatan.
Tetapi yang penting, kereta merah di belakang jelas kelihatan.

Fig 3 (cara lama)
Ini ialah cara posisi cermin sisi yang
dilakukan oleh hampir semua pemandu dan seperti yang anda lihat, kereta merah dibelakang tidak kelihatan.

Fig 4 (cara SAE)
Posisi SAE membuktikan walaupun cermin sisi diletakkan jauh keluar, kereta hijau di belakang masih kelihatan.

Fig 5 (cara lama)
Sama seperti dalam posisi cermin sisi lama yang biasa kita gunakan. Tetapi jika kereta hijau itu semakin hampir, ia akan hilang dari pandangan.

Tiada ulasan: