Saya sekadar ingin berkongsi pengalaman yang tidak seberapa menyertai projek pembinaan sebuah rumah yang dimiliki oleh adik saya sendiri iaitu Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai "Man" dan disini saya sertakan juga turutan pembinaan yang memakan masa hampir dua(2)bulan yang berjaya disiapkan sepenuhnya tanpa sebarang masalah.
Peruntukan bagi membina sebuah mahligai impian ini adalah kecil dan ia berjaya disiapkan sepenuhnya dan pasti ada yang sukar percaya ianya hanya berbajetkan tidak sampai RM40k!
Tak percaya?
Jom lihat gambar2 yang telah saya siapkan dan susun atur dibawah.
Salah satu bajet yang dapat dikurangkan dan dilakukan oleh owner sendiri dengan bantuan adik.
Jom kita lihat ruangan dalaman pula.
Adik bongsu owner,belum apa-apa dia dah rasmikan ruangan tingkap yang memisahkan antara dapur dan ruang makan.
Kerja-kerja memasang bumbung dibahagian belakang rumah yang bakal menempatkan mesin basuh dan kawasan penyidaian pakaian.
Dengan berbekalkan bajet yang kecil,lengkap dengan 2 buah bilik,1 tandas dan sebuah ruang dapur berserta ruang tamu rehat dan dibina oleh dua pekerja berpengalaman disertakan pula bersama impian bagi memiliki sebuah mahligai dipinggir Kuala Lumpur ia telah pun berjaya dibina dan disiapkan sepenuhnya.
Maaf,lokasi terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan