Tahukah anda, setelah Darurat Tanah
Melayu pada 1948-1960, pasukan
keselamatan Komanwel dan pasukan
keselamatan Malaya bertempur dengan
pengganas komunis melibatkan siri2
peperangan gerila di hutan belantara Tanah Melayu.
Acapkali menimbulkan masalah
bagi pasukan keselamatan adalah terpaksa mengangkut kembali mayat2 pengganas dari hutan untuk diletakkan di depan balai2 polis bagi tujuan pengecaman (serta peranan SB untuk tujuan risikan) oleh sanak saudara dan
perang saraf. Mengangkut mayat2
pengganas dari hutan ke pekan2 mengambil masa berhari2 dan amat memualkan apabila mayat dah membusuk.
Dengan keterlibatan Sarawak Rangers dari kaum Iban Sarawak sebagai penjejak dalam kempen Malaya, sebahagian pegawai British beranggapan lebih mudah untuk memenggal kepala mayat2 pengganas untuk dibawa
pulang ke HQ dari mengangkut keseluruhan mayat bagi memudahkan transportasi dan pergerakan infantri Komanwel setelah tamat misi di hutan.
Aktiviti "ngayau" ini yang dilakukan oleh
tentera Komanwel dan Sarawak Rangers
adalah "rahsia terbuka" (open secret)
dikalangan anggota keselamatan Malaya,dan tidak ditunjukkan pada media, tapi taktik kejam ini amatlah digeruni oleh pengganas Komunis.
Pada April 1952, akhirnya "rahsia
terbuka" itu diketahui ramai di UK dan
Colonial Office pada masa itu terpaksa
menangani kejutan dan kemarahan media Britain apabila foto seorang pegawai Royal Marine memegang dua kepala pengganas tersebar luas.
Amat menarik sekali, peranan Sarawak
Rangers yang berbangsa Dayak dalam
aktiviti "ngayau" di Malaya turut disahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaya, Sir Gerald Templer yang mencadangkan," Dyaks should be used not only for tracking “but in their
traditional role as head-hunters" (Kaum
Dayak bukan sahaja harus digunakan
sebagai penjejak malah sebagai tradisi
mereka sebagai pemenggal kepala)
sepertimana yang direkodkan oleh Colonial Office.
Colonial Office turut mencatat rekod,
"‘Templer “thinks it is essential that the
practice (decapitation) should continue”,
although this would only be necessary “in
very rare cases” (Templer memikirkan ia
amat penting amalan ini (ngayau) patut
diteruskan, walaupun ia hanya diperlukan
dalam kes2 terpencil).
Akibat kegemparan isu "ngayau" ini,
Colonial Office mencadangkan, “it would be well to delay any public statement on this matter for some months” (sebaik2nya penangguhan memberi kenyataan umum mengenai perkara ini untuk tempoh beberapa.bulan).Namun begitu akhbar The Daily Telegraph di UK memberi sokongan dan menerusi komentar positif menyatakan "that
the Dyaks “would be superb fighters in the Malayan jungle, and it would be absurd if uninformed public opinion at home were to oppose their use” (kaum Dayak merupakan pahlawan hebat dalam hutan Malaya, dan.adalah mengarut jika pandangan orang awam yang tidak tahu apa2 menentang penggunaan mereka ini).
Colonial Office sempat memberi amaran
mengenai isu ini, "in addition to decapitation, “other practices may have grown up, particularly in units which employ Dyaks,which would provide ugly
photographs” (sebagai tambahan kepada
pemenggalan (ngayau), amalan lain
berkemungkinan turut diamalkan,
terutamanya dalam unit2 yang melibatkan kaum Dayak, yang mana akan ada foto2 gambar yang mengerikan.
Dari sudut budaya, ia memenuhi norma adat "ngayau" dan citarasa bangsa Iban dan Dayak. Mesti diingat, kepala2 pengganas komunis yang dipenggal / di-ngayau oleh anggota Iban Sarawak Rangers yang dikerah British ke Tanah Melayu untuk membantu Askar Melayu memerangi PKM era Darurat juga berperanan sebagai psy-ops juga
(perang saraf) masa era Darurat kerana bila pengganas PKM mengutip kembali mayat komrad mereka yang dipenggal itu seolah2 mengingatkan kembali era kependudukan Jepun dimana gerila MPAJA yang ditawan tentera Jepun akan dipenggal. Pastinya anggota tentera berbangsa Iban ketika itu gembira mendapat "lesen sementara" dari British untuk "mengayau" kepala musuh setelah sekian lama adat tradisi "ngayau" diharamkan oleh keturunan Brooke di Sarawak lebih dari 100 tahun lamanya.
Mengikut fakta sejarah, adat ngayau yang diharamkan oleh pemerintah Brooke pernah "dihidupkan tanpa lesen tapi mendapat restu British" oleh gerila2 Iban dan Dayak lainnya ke atas tentera Jepun semasa penjajahan Jepun ke atas Sarawak. Ini antara faktor utama British "mengizinkan" ngayau dalam kempen Darurat di Tanah Melayu kepada Sarawak Rangers.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan