Khamis, 13 Oktober 2016
Jom Saksikan Foto Kanak-Kanak Filipina di Kawasan Sampah
EMOSI ISTERI BERJAUHAN DENGAN SUAMI LEBIH “TAK STABIL”, KERAPKAN BERHUBUNG JIKA TERPAKSA BERJAUHAN LEBIH LAMA
Psikologi isteri yang berjauhan dari
suaminya tidak sama psikologi dengan isteri yang tinggal sebumbung dengan suaminya.
Sejauh mana kebenarannya?
Oleh Sebab itu, tempat yang terbaik bagi
seorang isteri adalah di sisi suaminya
kerana di sana akan ada sokongan emosi,perasaan, kewangan dan sosial.
Seorang isteri yang kerap bersendirian
selama beberapa tempoh menguruskan
dirinya serta anak mengalami beberapa
tekanan yang jauh lebih dahsyat berbanding isteri yang mengalami tekanan namun masih ada suami disisinya.
Tekanan yang dirasakan isteri yang
berjauhan juga tidak sama dengan tekanan suami kerana suami hanya menguruskan dirinya sahaja tanpa melibatkan pengurusan anak.
Isteri sentiasa bangkit dengan mengumpul kekuatan-kekuatan untuk hari-hari yang dihadapi. Isteri sentiasa berehat dengan fikiran yang sentiasa berjaga demi hari esok.
Maka tidak hairanlah jika tahap kesihatan seorang isteri yang berjauhan, jauh lebih teruk berbanding isteri yang tinggal sebumbung dengan suaminya.
Hati terseksa boleh menjejaskan tahap
kesihatan walau ada senyuman yang terukir.
Jauh di sudut hatinya menangis sendiri. Oleh sebab itu, jika terpaksa berhubungan secara jarak jauh, lebih keraplah bertanya khabar.
Selain boleh mengutuhkan lagi hubungan
kasih sayang, malah cinta juga makin
bersemi.
Isnin, 4 April 2016
Spesis Siput Terkecil di Dunia di Temui
Pernahkah anda terfikir bahawa 10ekor siput boleh dimuatkan dalam lubang jarum?
Pasti anda terkejut dengan penemuan
terbaru oleh para pengkaji dari Jepun,
Switzewrland dan Hungary yang telah
diterbitkan oleh jurnal saintifik, ZooKeys.
Angustopila dominake merupakan spesis baru siput tersebut yang diberi nama sempena nama isteri kepada pengkaji Barna Pall-Gergely.
Dominika berukuran hanya 0.03 inci (0.86 mm) tinggi itu ditemui di tebing batu kapur di wilayah Guangxi, China.
Ia merupakan salah satu daripada tujuh spesis siput terkecil yang telah dijumpai di China.
Ahad, 3 April 2016
KILANG GESEK
Tahukah anda, Kilang Mancis Cap Lada di Kelantan merupakan kilang mancis paling lama dan tertua di Malaysia. Ia dibuka sejak tahun sebelum merdeka iaitu pada 1933 sehingga kini (84 tahun)
Kilang Mancis Cap Lada yang terletak di
alamat 4874- A, Jalan Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan dan kilang ini mampu menghasilkan sebanyak 800,000 kotak mancis dalam masa sehari.
Walaupun mendapat saingan yang sengit
daripada pemetik api moden, Mancis Cap
Lada tetap bertahan sehingga ke hari ini.
Dalam dialek Kelantan , mancis dikenali
sebagai 'gesek' .
Posisi Betul Cermin Sisi Kereta
PETUA/TIPS
Antara aksesori paling penting dalam
sesebuah kenderaan ialah cermin sisi.
Walaupun ramai penunggang motosikal
membuang cermin sisi mereka atau
memasang cermin sisi sebesar siput sedut atas alasan cermin sisi itu hodoh dan mereka sanggup mati dari motosikal mereka kelihatan hodoh, cermin sisi bertanggung-jawab mengelakan kemalangan ketika memandu.
Malah, ramai pemandu kereta yang berkata mereka tidak boleh memandu
tanpa cermin sisi.
Dalam tahun 1995, Persatuan Jurutera
Automotif (SAE) telah menghasilkan satu
kertas kerja mengenai kedudukan cermin sisi yang mampu mengelakan titik buta (blind spots).
Menurut kertas kerja tersebut, pemandu
sepatutnya memastikan pemandangan
dalam cermin sisi itu bersambung dengan pemandangan yang diberika oleh cermin pandang belakang di dalam kereta kita.
Ini bermakna, posisi cermin sisi perlu jauh ke luar dan tidak menampakan badan kereta kita sendiri. Sememangnya cara ini perlu dibiasakan kerana bila kita tidak dapat melihat badan kereta kita sendiri, secara automatik kita rasakan wujud ruang atau titik buta di situ.
Sebenarnya tidak kerana ruang
itu boleh dilihat dengan cermin pandang
belakang.
Apapun, bagi mereka yang telah mencubanya dan sudah biasa dengannya, ia adalah posisi cermin sisi terbaik.
Sekiranya kenderaan anda tiada sistem
BLISS (Blind-spot Indication System) seperti di dalam Volvo atau jenama premium lain,mungkin kita boleh mencuba cara ini.
Gambarajah di bawah di ambil dari laman web Car and Driver.
Fig 1 (cara SAE)
Bila cermin sisi diubah untuk
menyambungkan pemandangan belakang yang diberikan oleh cermin
Fig 2
Gambar kereta sendiri yang berwarna biru tidak kelihatan.
Tetapi yang penting, kereta merah di belakang jelas kelihatan.
Fig 3 (cara lama)
Ini ialah cara posisi cermin sisi yang
dilakukan oleh hampir semua pemandu dan seperti yang anda lihat, kereta merah dibelakang tidak kelihatan.
Fig 4 (cara SAE)
Posisi SAE membuktikan walaupun cermin sisi diletakkan jauh keluar, kereta hijau di belakang masih kelihatan.
Fig 5 (cara lama)
Sama seperti dalam posisi cermin sisi lama yang biasa kita gunakan. Tetapi jika kereta hijau itu semakin hampir, ia akan hilang dari pandangan.
KWSP Sediakan Bantuan RM 2500 Tetapi Ramai Yang Tidak Tahu
PERHATIAN kepada semua orang pemegang akaun KWSP!
Mungkin diantara kita tidak tahu apakah bantuan yang disediakan oleh pihak KWSP kepada keluarga dan pada diri kita kan. Sedar tidak sedar ada satu bantuan bernilai RM2500 disediakan pada kita.
Tidak kira berapa umur anda, tidak kira
berapa lama anda memegang akaun
KWSP anda, tidak kira berapa banyak wang yang anda ada didalam anda akaun KWSP, dan kira berapa lama anda telah membayar kepada KWSP, mengikut
Undang-undang Kerajaan, KWSP perlu
membayar RM 2500 untuk keluarga
pemegang akaun KWSP apabila dia / dia
mati (ahli keluarga perlu menuntut RM
2500 dalam tempoh 6bulan).
Mungkinkah KWSP tidak pernah memberitahu kepada kita tentang pekara ini, kalau di hitung, sangatlah sedikit
keluarga yang benar-benar menerima RM
ini 2500 apabila ahli keluarga / beliau
meninggal dunia, kerana tidak ramai
yang tahu tentang perkara ini.
Dimanakah ini RM 2500 pergi apabila keluarga itu meninggal dunia itu tidak menuntutnRM2500?
Poket seseorang?? Kita tidak tahu!
Oleh itu, sila dihujani maklumat ini kepada semua anda keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan rakan- rakan, biarkan mereka tahu tentang maklumat ini dan jangan lupa untuk menuntut RM2500 apabila / mati keluarganya beliau.
Jangan biarkan ini RM2500 pergi ke poket seseorang!
Rujuk dan isi borang disini. Semoga
bermanfaat dan sila sebarkan agar sampai kepada mereka yang memerlukan klik disini
--> Bantuan KWSP
P/S : Harap kita dapat menuntut bantuan.
Rabu, 23 Mac 2016
63 BUAH JENTOLAK DILETUPKAN OLEH KOMUNIS, 3 NYAWA MELAYANG
SEJARAH PEMBINAAN LEBUHRAYA TIMUR BARAT UNTUK DIKENANGI BERSAMA.
(PEMBINAAN LEBUHRAYA GRIK-JELI)
________________________________________
Lebuhraya Timur Barat, jalan darat yang
melintasi Banjaran Titiwangsa.
Menceritakan pengorbanan orang dulu-dulu, bersusah payah untuk kesenangan anak cucu hari ini.Kita hayati bertapa kemerdekaan perlu dikekalkan, keamanan perlu dijaga oleh generasi sekarang.
Pada 27 Ogos 1974, ketika para pekerja
yang membina Lebuhraya Timur Barat.
Mereka telah diserang oleh komunis. 63
buah jentolak telah diletupkan, turut
mengorbankan 3 nyawa pekerja JKR dan
beberapa orang lagi telah tercedera.
Komunis yang kembali mengganas antara tahun 1967-1989 iaitu era Darurat Kedua.
Para pekerja membina Lebuhraya Timur
Barat menjadi mangsa serangan hendap
pihak komunis. Akibat tindakan pihak
komunis ini, tempoh pembinaan lebuhraya ini menjadi lama, memakan masa 11 tahun.
Saya sendiri masih ingat awal 80an semua perjalanan dr Gerik ke Kedah dan Kelantan ditutup kepada orang awam bermula jam 6.00petang.
Kos pembinaan juga meningkat daripada RM85 juta menjadi RM 205 juta, ini kerana banyak jentera dan peralatan dirosakkan atau dimusnahkan oleh Komunis bagi menggagalkan usaha pembinaan jalan raya tersebut.
Kerana mereka tahu jika jalan raya
ini siap, ia akan memudahkan lagi
pergerakan tentera bagi memerangi
pengganas komunis yang bersarang di
kawasan tersebut, terutama dikawasan
Hutan Belum.
Bagi merakam penghargaan terhadap
mereka yang terkorban ketika bekerja keras membina jalan yang menghubungkan Jeli dan Grik ini, satu tugu peringatan telah dibina oleh JKR. Bagi mengenangkan pengorbanan para pekerja yang telah terkorban menjadi mangsa komunis.
Jika ada anak cucu hari ini yang melintasi jalan itu, ingatlah bertapa susahnya orang dulu-dulu berkerja untuk menyiapkan Lebuhraya Timur Barat demi keselesaan generasi hari ini.
Pengorbanan mereka sungguh hebat, walaupun tahu kawasan itu berisiko, namum mereka berjiwa kental,sanggup bekerja keras demi menyiapkan jalan ini.
Selasa, 12 Januari 2016
"Jasa Sarawak Rangers Kepada Malaya" (Tradisi Ngayau Dalam Era Darurat)
Tahukah anda, setelah Darurat Tanah
Melayu pada 1948-1960, pasukan
keselamatan Komanwel dan pasukan
keselamatan Malaya bertempur dengan
pengganas komunis melibatkan siri2
peperangan gerila di hutan belantara Tanah Melayu.
Acapkali menimbulkan masalah
bagi pasukan keselamatan adalah terpaksa mengangkut kembali mayat2 pengganas dari hutan untuk diletakkan di depan balai2 polis bagi tujuan pengecaman (serta peranan SB untuk tujuan risikan) oleh sanak saudara dan
perang saraf. Mengangkut mayat2
pengganas dari hutan ke pekan2 mengambil masa berhari2 dan amat memualkan apabila mayat dah membusuk.
Dengan keterlibatan Sarawak Rangers dari kaum Iban Sarawak sebagai penjejak dalam kempen Malaya, sebahagian pegawai British beranggapan lebih mudah untuk memenggal kepala mayat2 pengganas untuk dibawa
pulang ke HQ dari mengangkut keseluruhan mayat bagi memudahkan transportasi dan pergerakan infantri Komanwel setelah tamat misi di hutan.
Aktiviti "ngayau" ini yang dilakukan oleh
tentera Komanwel dan Sarawak Rangers
adalah "rahsia terbuka" (open secret)
dikalangan anggota keselamatan Malaya,dan tidak ditunjukkan pada media, tapi taktik kejam ini amatlah digeruni oleh pengganas Komunis.
Pada April 1952, akhirnya "rahsia
terbuka" itu diketahui ramai di UK dan
Colonial Office pada masa itu terpaksa
menangani kejutan dan kemarahan media Britain apabila foto seorang pegawai Royal Marine memegang dua kepala pengganas tersebar luas.
Amat menarik sekali, peranan Sarawak
Rangers yang berbangsa Dayak dalam
aktiviti "ngayau" di Malaya turut disahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaya, Sir Gerald Templer yang mencadangkan," Dyaks should be used not only for tracking “but in their
traditional role as head-hunters" (Kaum
Dayak bukan sahaja harus digunakan
sebagai penjejak malah sebagai tradisi
mereka sebagai pemenggal kepala)
sepertimana yang direkodkan oleh Colonial Office.
Colonial Office turut mencatat rekod,
"‘Templer “thinks it is essential that the
practice (decapitation) should continue”,
although this would only be necessary “in
very rare cases” (Templer memikirkan ia
amat penting amalan ini (ngayau) patut
diteruskan, walaupun ia hanya diperlukan
dalam kes2 terpencil).
Akibat kegemparan isu "ngayau" ini,
Colonial Office mencadangkan, “it would be well to delay any public statement on this matter for some months” (sebaik2nya penangguhan memberi kenyataan umum mengenai perkara ini untuk tempoh beberapa.bulan).Namun begitu akhbar The Daily Telegraph di UK memberi sokongan dan menerusi komentar positif menyatakan "that
the Dyaks “would be superb fighters in the Malayan jungle, and it would be absurd if uninformed public opinion at home were to oppose their use” (kaum Dayak merupakan pahlawan hebat dalam hutan Malaya, dan.adalah mengarut jika pandangan orang awam yang tidak tahu apa2 menentang penggunaan mereka ini).
Colonial Office sempat memberi amaran
mengenai isu ini, "in addition to decapitation, “other practices may have grown up, particularly in units which employ Dyaks,which would provide ugly
photographs” (sebagai tambahan kepada
pemenggalan (ngayau), amalan lain
berkemungkinan turut diamalkan,
terutamanya dalam unit2 yang melibatkan kaum Dayak, yang mana akan ada foto2 gambar yang mengerikan.
Dari sudut budaya, ia memenuhi norma adat "ngayau" dan citarasa bangsa Iban dan Dayak. Mesti diingat, kepala2 pengganas komunis yang dipenggal / di-ngayau oleh anggota Iban Sarawak Rangers yang dikerah British ke Tanah Melayu untuk membantu Askar Melayu memerangi PKM era Darurat juga berperanan sebagai psy-ops juga
(perang saraf) masa era Darurat kerana bila pengganas PKM mengutip kembali mayat komrad mereka yang dipenggal itu seolah2 mengingatkan kembali era kependudukan Jepun dimana gerila MPAJA yang ditawan tentera Jepun akan dipenggal. Pastinya anggota tentera berbangsa Iban ketika itu gembira mendapat "lesen sementara" dari British untuk "mengayau" kepala musuh setelah sekian lama adat tradisi "ngayau" diharamkan oleh keturunan Brooke di Sarawak lebih dari 100 tahun lamanya.
Mengikut fakta sejarah, adat ngayau yang diharamkan oleh pemerintah Brooke pernah "dihidupkan tanpa lesen tapi mendapat restu British" oleh gerila2 Iban dan Dayak lainnya ke atas tentera Jepun semasa penjajahan Jepun ke atas Sarawak. Ini antara faktor utama British "mengizinkan" ngayau dalam kempen Darurat di Tanah Melayu kepada Sarawak Rangers.