Khamis, 10 Disember 2015

(Ura-Ura) HTC Bakal Memperkenalkan Peranti Dengan Android 6.1 Dan Sense 8.0

Dalam arena peranti, boleh dikatakan kadar ketirisan informasi berkaitan dengan telefon pintar HTC adalah agak tinggi. Terkini,mengikut ura-ura baru, ia diperkatakan HTC bakal hadir dengan peranti flagship baru dengan nama kod HTC Perfume pada tahun 2016.

Tiada info berkaitan dengan spesifikasi yang diketahui buat masa ini, tetapi
memandangkan ia dikatakan sebagai peranti flagship , maka ia mungkin membawakan spesifikasi terkini, termasuk mungkin menggunakan cip Snapdragon terkini.

Memandangkan desas-desus mengatakan ia menggunakan Android 6.1, maka mungkin kita akan melihat HTC memperkenalkan ia sekitar suku kedua 2016 kelak.Dengan ramai yang kecewa dengan HTC One M9 sebelum ini, semestinya ramai peminat HTC yang menantikan apakah yang bakal
dibawakan oleh syarikat pengeluar peranti dari Taiwan ini.

Oukitel K10000 Dilancarkan – Phablet Dengan Bateri Sebesar 10 000 mAh

Jun lalu kami melaporkan Oukitel sebuah
pengeluar peranti dari China akan
menghasilkan peranti dengan bateri sebesar 10000 mAh.Kini peranti yang diberi nama Oukitel K10000 kini boleh dipesan secara rasmi.

Ia adalah sebuah phablet Android 5.1
dengan skrin sebesar 5.5″ IPS LCD 720P,
diperkasakan pemproses 1.0 GHz empat
teras Mediatek MTK6735, RAM sebesar 2
Gigabyte dan muatan dalaman 16 Gigabyte(sokongan MikroSD sehingga 32 Gigabyte).

Kemampuan optik pula ialah kamera
belakang sebesar 13 Megapixel dan kamera hadapan 5 Megapixel.
Menurut Outkitel bateri sebesar 10000 mAh yang digunakan mampu memberikan hayat penggunaan peranti sehingga 15 hari dengan sekali caj.

Sistem pengecasan pantas
disokong dan bateri gergasi ini hanya
memerlukan 3.5 jam untuk dicaj
sepenuhnya. Seperti beberapa lagi peranti dengan kapasiti bateri yang besar di pasaran, K10000 turut boleh mengecas
peranti lain menggunakan USB OTG.

Peranti ini kini memegang rekod sebagai telefon pintar dengan kapasiti bateri paling besar di pasaran. Harga jualan ialah $239.99 (~RM1020) sebuah.

Dengan Oukitel K10000,pemilik tidak perlu risau untuk membawa power bank ataupun membeli kerangka dengan bateri terbina.

Rabu, 9 Disember 2015

Samsung Akan Membangunkan Komponen Untuk Kereta Yang Dipandu Automatik


Samsung Electronics sedia terkenal dengan penawaran peranti mudah-alih mereka,selain turut menawarkan komponen untuk digunakan oleh pengeluar peranti lain.

Terkini, Samsung turut mengumumkan yang mana mereka akan emmperluaskan
perniagaan mereka dan hadir dengan
pasukan yang memfokuskan kepada
perniagaan berkaitan automotif.

Melalui bahagian baru ini, Samsung akan
memfokuskan kepada beberapa perkara
terlebih dahulu, termasuk sistem inforia,
sokongan navigasi satelit, dan juga teknologi pemanduan automatik.

Samsung merupakan antara gergasi
teknologi yang mempunyai kelebihan dari segi mengeluarkan komponen elektrik, dan mampu membuat pelaburan yang tinggi dalam arena baru.Jikalau dilakukan dengan tepat, tidak mustahil untuk kita melihat Samsung berjaya dalam arena pengeluaran komponen elektronik untuk kenderaan pintar
dan dipandu automatik – selain turut sama memfokuskan kepada bateri untuk
kenderaan elekrik.

Pengenalan bahagian baru Samsung ini juga selari dengan gerakan arena industri, dimana ramai yang memfokuskan kepada pengeluaran kenderaan elektrik dan kenderaan yang dipandu automatik – selain pada masa yang sama boleh menambah keuntungan syarikat mereka memandangkan arena telefon pintar yang semakin mendatar perkembangannya akhir-akhir ini.

‘Smartphone’ Dijangka Mati Dalam Tempoh Lima Tahun?

OSLO – Satu laporan oleh pakar
telekomunikasi Sweden, menunjukkan
telefon pintar boleh dikatakan hampir mati dalam tempoh lima tahun akan datang kerana tidak akan digunakan lagi.

Ramai pakar teknologi meramalkan bahawa alat moden yang pintar seperti jam tangan Apple perlahan-lahan akan mula menggantikan telefon pintar – walaupun beberapa pakar tidak mengharapkan perubahan berlaku secepat itu.

“Mempunyai telefon pintar di tangan benar-benar perkara yang tidak praktikal. Sebagai contoh, apabila seseorang itu memandu kereta atau memasak.
“Dan terdapat banyak keadaan di mana
paparan skrin tidak begitu baik.

“Oleh itu, satu daripada dua orang berfikir
bahawa telefon pintar tidak akan mendapat sambutan dalam masa lima tahun lagi,” kata Rebecka Cedering Angstrom dari Ericsson ConsumerLab.

Laporan kajian dikeluarkan selepas 100,000 responden di Sweden dan 39 negara lain disoal berkenaan telefon pintar, di mana kebanyakan orang ramai memberi komen bahawa kegilaan terhadap telefon pintar terlalu ‘melebih-lebih’.

Penyelidik Cina Cipta Kereta Dikawal Kuasa Minda

Baru-baru ini pengeluar kereta seperti Volvo,Mercedes-Benz dan Tesla mendedahkan mereka sedang bertungkus lumus membina kereta tanpa pemandu, atau sistem autonomous yang menggunakan komputer.

Tetapi penyelidikan daripada China lain
macam sikit, mereka nampaknya ingin maju selangkah kehadapan dengan merekacipta kereta yang dipandu menggunakan kuasa minda.

Penyelidik di Universiti Nankai di Tianjin,
China sedang memnbangunkan kereta yang dikatakan boleh dipandu dengan hanya menggunakan 'kuasa minda', projek ini adalah dengan kerjasama pengeluar kereta China, Great Wall Motor.
Kereta tersebut boleh dipandu ke hadapan,ke belakang, berhenti dan juga boleh dikunci dan dibuka tanpa pemandu menggunakan tangan dan kaki.

Sistem ini dibina dengan 16 sensor yang
'membaca' signal EEG (electroencephalogram) daripada otak
pemandu.

Sistem ini memerlukan pemandu
memberikan perhatian. Bayangkan kalau kita tengah serabut, macam mana nak bawa kereta macam nie..hahaha...pergi kerja kena marah dengan bos, balik kerja nak hadap jalan jem.

Mungkin rekaan ini nampak futuristik,
canggih yang amat. Tetapi untuk melihat
kereta dikawal oleh kuasa minda diatas jalan raya mungkin seperti kita mengimpikan memandu kereta terbang.

Selasa, 8 Disember 2015

Opok-Opok Makanan Tradisi Terengganu

Opok-opok adalah sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada beras pulut.

Cara membuat opok-opok ini agak rumit
dan memakan masa yang panjang.

Opok-opok biasanya dijual di pasar malam dan boleh didapati di Pantai Batu
Buruk, Pasar Cabang Tiga, Wakaf
Tembesu dan di Manir pada hari-hari
tertentu sahaja.

Opok-opok ini biasanya dimakan dengan kelapa parut dimana kepingan opok-opok yang telah kering dipanggang sehingga kembang dan digulung bersama kelapa parut.

Disertakan cara membuat jika ada yang berminat.

Bahan-Bahan:

10 kg beras pulut
4 kg gula
250 g lilin sarang lebah (masak hingga
1 kg minyak masak) pekat (» 10 minit)

Kaedah
1. Pilih beras pulut dan basuh bersih.
2. Rendam beras pulut selama 12 jam.
3. Basuh beras dan tos.
4. Kukus sehingga masak (selama » 1 – 1 ½ jam).
5. Tumbuk beras masih panas dalam
lesong hingga lumat.
1. Tambah gula
2. Uli adunan hingga likat.
3. Tarik adunan hingga ringan
(seperti memproses mee).
4. Potong adunan dan bentuk seperti
roti bun.
5. Sapu minyak lilin lebah atas plastik
6. Canai nipis menjadi kepingan bulat
(15 cm diameter x 0.2 mm tebal).
7. Atur atas tikar jemuran.
8. Jemur panas matahari selama 2 jam.
9. Embun selama 4 jam.
10. Simpan opok-opok dalam bekas bertutup (opok-opok boleh tahan selama 2 bulan)


Dibawah disertakan beberapa keping gambar sebagai panduan.


Tumbuk beras yang masih panas didalam lesung sehingga lumat.
Uli adunan hingga likat dan tarik adunan sehingga menjadi ringan.(seperti memproses mee)
Sapu minyak lilin lebah keatas plastik dan canai sehingga menjadi kepingan nipis dan bulat.
Atur diatas tikar mengkuang dan jemur dibawah matahari selama 2jam dan embunkan selama 4jam.
Panggang Opok-Opok diatas api sehingga kembang.
Gulung dengan kelapa yang dicampur dengan sedikit garam dan sedia untuk dimakan.

Isnin, 7 Disember 2015

BAKA KUCING MAINECOON

Maine Coon adalah kucing domestik terbesar di dunia.Dengan wajahnya yang seperti harimau, tak terkejut jika ramai yang takut melihatnya apatah lagi hendak menyentuhnya.

Tapi jangan salah anggap! Wajahnya tidak menggambarkan personalitinya.
Kucing Maine Coon sebenarnya sangat baik.

Maine Coon dianggap sebagai "gentle giant" kerana sangat manja dan mempunyai temperament yang mengagumkan.Malah kucing gergasi ini dapat membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah autism