Rabu, 9 Disember 2015

Samsung Akan Membangunkan Komponen Untuk Kereta Yang Dipandu Automatik


Samsung Electronics sedia terkenal dengan penawaran peranti mudah-alih mereka,selain turut menawarkan komponen untuk digunakan oleh pengeluar peranti lain.

Terkini, Samsung turut mengumumkan yang mana mereka akan emmperluaskan
perniagaan mereka dan hadir dengan
pasukan yang memfokuskan kepada
perniagaan berkaitan automotif.

Melalui bahagian baru ini, Samsung akan
memfokuskan kepada beberapa perkara
terlebih dahulu, termasuk sistem inforia,
sokongan navigasi satelit, dan juga teknologi pemanduan automatik.

Samsung merupakan antara gergasi
teknologi yang mempunyai kelebihan dari segi mengeluarkan komponen elektrik, dan mampu membuat pelaburan yang tinggi dalam arena baru.Jikalau dilakukan dengan tepat, tidak mustahil untuk kita melihat Samsung berjaya dalam arena pengeluaran komponen elektronik untuk kenderaan pintar
dan dipandu automatik – selain turut sama memfokuskan kepada bateri untuk
kenderaan elekrik.

Pengenalan bahagian baru Samsung ini juga selari dengan gerakan arena industri, dimana ramai yang memfokuskan kepada pengeluaran kenderaan elektrik dan kenderaan yang dipandu automatik – selain pada masa yang sama boleh menambah keuntungan syarikat mereka memandangkan arena telefon pintar yang semakin mendatar perkembangannya akhir-akhir ini.

Tiada ulasan: