Rabu, 9 Disember 2015

Penyelidik Cina Cipta Kereta Dikawal Kuasa Minda

Baru-baru ini pengeluar kereta seperti Volvo,Mercedes-Benz dan Tesla mendedahkan mereka sedang bertungkus lumus membina kereta tanpa pemandu, atau sistem autonomous yang menggunakan komputer.

Tetapi penyelidikan daripada China lain
macam sikit, mereka nampaknya ingin maju selangkah kehadapan dengan merekacipta kereta yang dipandu menggunakan kuasa minda.

Penyelidik di Universiti Nankai di Tianjin,
China sedang memnbangunkan kereta yang dikatakan boleh dipandu dengan hanya menggunakan 'kuasa minda', projek ini adalah dengan kerjasama pengeluar kereta China, Great Wall Motor.
Kereta tersebut boleh dipandu ke hadapan,ke belakang, berhenti dan juga boleh dikunci dan dibuka tanpa pemandu menggunakan tangan dan kaki.

Sistem ini dibina dengan 16 sensor yang
'membaca' signal EEG (electroencephalogram) daripada otak
pemandu.

Sistem ini memerlukan pemandu
memberikan perhatian. Bayangkan kalau kita tengah serabut, macam mana nak bawa kereta macam nie..hahaha...pergi kerja kena marah dengan bos, balik kerja nak hadap jalan jem.

Mungkin rekaan ini nampak futuristik,
canggih yang amat. Tetapi untuk melihat
kereta dikawal oleh kuasa minda diatas jalan raya mungkin seperti kita mengimpikan memandu kereta terbang.

Tiada ulasan: