Selasa, 8 Disember 2015

Opok-Opok Makanan Tradisi Terengganu

Opok-opok adalah sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada beras pulut.

Cara membuat opok-opok ini agak rumit
dan memakan masa yang panjang.

Opok-opok biasanya dijual di pasar malam dan boleh didapati di Pantai Batu
Buruk, Pasar Cabang Tiga, Wakaf
Tembesu dan di Manir pada hari-hari
tertentu sahaja.

Opok-opok ini biasanya dimakan dengan kelapa parut dimana kepingan opok-opok yang telah kering dipanggang sehingga kembang dan digulung bersama kelapa parut.

Disertakan cara membuat jika ada yang berminat.

Bahan-Bahan:

10 kg beras pulut
4 kg gula
250 g lilin sarang lebah (masak hingga
1 kg minyak masak) pekat (» 10 minit)

Kaedah
1. Pilih beras pulut dan basuh bersih.
2. Rendam beras pulut selama 12 jam.
3. Basuh beras dan tos.
4. Kukus sehingga masak (selama » 1 – 1 ½ jam).
5. Tumbuk beras masih panas dalam
lesong hingga lumat.
1. Tambah gula
2. Uli adunan hingga likat.
3. Tarik adunan hingga ringan
(seperti memproses mee).
4. Potong adunan dan bentuk seperti
roti bun.
5. Sapu minyak lilin lebah atas plastik
6. Canai nipis menjadi kepingan bulat
(15 cm diameter x 0.2 mm tebal).
7. Atur atas tikar jemuran.
8. Jemur panas matahari selama 2 jam.
9. Embun selama 4 jam.
10. Simpan opok-opok dalam bekas bertutup (opok-opok boleh tahan selama 2 bulan)


Dibawah disertakan beberapa keping gambar sebagai panduan.


Tumbuk beras yang masih panas didalam lesung sehingga lumat.
Uli adunan hingga likat dan tarik adunan sehingga menjadi ringan.(seperti memproses mee)
Sapu minyak lilin lebah keatas plastik dan canai sehingga menjadi kepingan nipis dan bulat.
Atur diatas tikar mengkuang dan jemur dibawah matahari selama 2jam dan embunkan selama 4jam.
Panggang Opok-Opok diatas api sehingga kembang.
Gulung dengan kelapa yang dicampur dengan sedikit garam dan sedia untuk dimakan.

Tiada ulasan: