Khamis, 10 Disember 2015

(Ura-Ura) HTC Bakal Memperkenalkan Peranti Dengan Android 6.1 Dan Sense 8.0

Dalam arena peranti, boleh dikatakan kadar ketirisan informasi berkaitan dengan telefon pintar HTC adalah agak tinggi. Terkini,mengikut ura-ura baru, ia diperkatakan HTC bakal hadir dengan peranti flagship baru dengan nama kod HTC Perfume pada tahun 2016.

Tiada info berkaitan dengan spesifikasi yang diketahui buat masa ini, tetapi
memandangkan ia dikatakan sebagai peranti flagship , maka ia mungkin membawakan spesifikasi terkini, termasuk mungkin menggunakan cip Snapdragon terkini.

Memandangkan desas-desus mengatakan ia menggunakan Android 6.1, maka mungkin kita akan melihat HTC memperkenalkan ia sekitar suku kedua 2016 kelak.Dengan ramai yang kecewa dengan HTC One M9 sebelum ini, semestinya ramai peminat HTC yang menantikan apakah yang bakal
dibawakan oleh syarikat pengeluar peranti dari Taiwan ini.

Tiada ulasan: