Khamis, 31 Disember 2015

Kisah disebalik detik jam di Menara Jam Bangunan Abdul Samad

En. V. Kunasegaran merupakan satu-
satunya pewaris penjaga jam loceng
dimenara jam di Bangunan Abdul Samad,
Dataran Merdeka. Beliau mememutarkan
engkol jam yang seberat 400kg bersamaan 300-400 pusingan setiap 2 hari sekali.

Walaupun berusia hampir 60 tahun, beliau setia dengan jam yg berusia 118 tahun ini.Beliau menganggap jam tersebut seperti keluarganya, beliau menjaga jam ini sudah hampir 41 tahun dan setia bersama setiap hari.

"Saya raya deepavali pon datang kunci
jam, setiap hari saya akan pulas engkol ni sebanyak 400 kali pusingan. Melihat sendiri bagaimana beliau (orang berusia) lakukan seorang diri menjadikan saya sangat kerdil.Bayangkan bahang panas dan peluh biasa bagi beliau.Kudrat dan kesabaran itu sangat penting dalam kendalikan jam ini.

Setiap tahun baru, beliau akan duduk
dimenara jam ini untuk memastikan jam ini berfungsi, dari kul 6 hingga 2 pagi disetiap awal tahun. Beliau tidak mintak dihargai,tetapi jagalah warisan dan sejarah jam ini.

Sehingga kini, masih tiada pengganti beliau.

Ahad, 27 Disember 2015

Koleksi Gambar Gua Di Bawah Permukaan Air Yang Sangat Menakjubkan di Albania

Post kali ini kami nak kongsikan kepada
anda satu lagi keindahan alam yang sangat menakjubkan.Koleksi gambar-gambar gua di bawah permukaan air yang sangat cantik terletak di Albania.Gua-gua tersebut adalah Viroit, Skotini dan Petranik.Gambar ini semua diambil oleh seorang jurugambar yang bernama Irena Stangierska.

Jumaat, 25 Disember 2015

Adakah Si Comel Mencintai Anda? 6 Tanda Kucing Jatuh Cinta Yang Pencinta Kucing Tak Tahu

Anda mempunyai kucing? Ramai antara kita memelihara kucing.Ada yang seekor dua malah ada yang lebih sepuluh ekor!

Tetapi,sejauh mana anda tahu tentang diri seekor kucing? Sebagai pemilik, pasti anda amat arif perihal dan sikap kucing-kucing anda.

Disini, kami senaraikan 6 Tanda Kucing Jatuh Cinta Pada Tuannya.

Agak2 ada tak tanda-tanda ni pada kucing korang?


TARIKH RASMI DIVIDEN DAN BONUS ASB 2015

Tarikh rasmi bila dividen dan bonus ASB
2015 diumumkan keluar menjadi persoalan kepada pemegang akaun ASB. Sehingga kini(tarikh artikel ini ditulis) belum ada lagi pengumuman tarikh rasmi dividen dan bonus ASB 2015.

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)
secara rasmi telah mengumumkan
penangguhan urusniaga ASB (Amanah
Saham Bumiputera) mulai 24 Disember 2015 hingga 3 Januari 2016 bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2015.

Oleh itu, pengumuman rasmi kadar Dividen dan Bonus ASB 2015 dijangka akan diumumkan keluar pada Khamis 17 Disember 2015 atau selewatnya sebelum 24 Disember 2015.
Manakala pembayaran atau pengagihan ASB akan dikreditkan ke akaun pengguna mulai 5 Januari 2016.Tarikh Rasmi Dividen ASB 2015 Diumumkan Keluar
Dijangka pada Khamis 17 Disember 2015
atau selewatnya sebelum 24 Disember
2015.

Tarikh Pembayaran Dividen dan Bonus ASB 2015

Akan diagihkan ke akaun pengguna pada
5 Januari 2016.Di bawah ini adalah kronologi mengikut tahun kadar dividen dan bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB):

2015: Akan diumumkan
2014: 7.50 Sen , Bonus 1.00 Seunit
2013: Dividen 7.70 sen seunit, bonus
1.00 sen
2012: Dividen 7.75 sen, bonus 1.15 sen
2011: Dividen 7.65 Sen, bonus 1.15 sen

Tahun 2012 mencatat dividen dan bonus
tertinggi dengan kadar 7.75sen seunit untuk dividen dan 1.00sen seunit untuk bonus.

Memandangkan keadaan ekonomi Malaysia yang tidak stabil sekarang ini dengan kejatuhan matawang ringgit, kemungkinan kadar dividen dan bonus ASB pada tahun ini tidak dapat melebihi dividen dan bonus ASB pada tahun 2012.

Rabu, 23 Disember 2015

SKMM Mengeluarkan Kompaun RM2.29 Juta Untuk 2015 Atas Kesalahan Pendaftaran Palsu Kad Sim Prabayar

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia merupakan salah satu agensi dan badan kerajaan yang memantau pelbagai perkara berkaitan dengan telekomunikasi. Dalam usaha mengurangkan salah laku syarikat telekomunikasi, mereka sering mengeluarkan kompaun, dan pada tahun ini sahaja, SKMM telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM2.29 juta atas kesalahan syarikat telekomunikasi mendaftar palsu kad-SIM prabayar.

Sebelum ini, sokongan pendaftaran talian
prabayar telah diperkenalkan pada tahun
2006 yang lepas dalam melindungi
pengguna dan mengurangkan kes salah laku jenayah – terutamanya berkaitan dengan fitnah melalui SMS dan sebagainya.Namun, ia dilihat masih terdapat pelbagai syarikat prabayar yang membuat pendaftaran palsu kad SIM prabayar – yang mana merupakan salah satu kesalahan yang serius.

Pada bulan Disember 2015 sahaja, sebanyak 25 kompaun telah dikeluarkan yang berjumlah RM1.18 juta. Daripada kompaun yang dikeluarkan, TuneTalk dilihat mempunyai paling tinggi jumlah
kompaunnya, iaitu sebanyak 7 kompaun
berjumlah RM350,000, dan diikuti oleh Digi dengan 6 kompaun berjumlah RM300,000.

Selain kompaun pada bulan Disember 2015 ini, pihak SKMM telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM1.11 juta pada Mac dan September yang lepas.

WhatsApp Bakal Hadir Dengan Sokongan Panggilan Video?

WhatsApp pada tahun ini telah
memperkenalkan sokongan panggilan suara pada aplikasi permesejan popular mereka – memudahkan sesiapa sahaja dalam WhatsApp untuk membuat panggilan suara antara satu sama lain.

Kini, bergerak ke hadapan, WhatsApp yang dimiliki oleh Facebook ini dilihat mungkin bakal memperkenalkan sokongan panggilan video.

Fungsi panggilan video ini dilihat telah pun dicuba beberapa pengguna pada versi beta WhatsApp untuk iOS.
Menggunakannya,pengguna seperti biasa boleh membuat panggilan video, dan turut boleh mengawal sokongan audio dan beberapa yang lain.

Seperti ramai sedia maklum, beberapa
aplikasi permesejan lain telah pun sedia
menyokong panggilan video ini – termasuk Facebook Messenger sendiri.

Ia tidak diketahui lagi bilakah WhatsApp
akan memperkenalkan sokongan panggilan video ini, memandangkan pelbagai pengoptimasian perlu dilakukan termasuk dari segi penggunaan data untuk panggilan video berkenaan.

Ukiran Kereta Api Paling Kecil Dihasilkan Pada Sebatang Pensel

Seni ukir adalah salah satu cabang seni
yang telah wujud sejak sekian lama lagi.
Kebiasaannya orang akan mengukir pada
kayu, batu dan mungkin juga pada bongkah ais.

Kali ini kami ingin kongsikan kepada anda ukiran kereta api yang sangat kecil dan unik dihasilkan pada sebatang pensel.

Wanita Ini Dedah Cara Jimat Elektrik Paling Mudah, Tanpa Perlu Berhabis Wang


Tenaga elektrik sekarang ni dah jadi antara satu keperluan wajib dalam kehidupan harian kita, tapi ramai dalam masyarakat kita merungut tentang kenaikan tarif elektrik rata-ratanya mengatakan ia membebankan.

Ada diantara kita juga sanggup berhabis
wang ratusan malah ribuan ringgit untuk
membeli barangan yang kononnya dapat
jimatkan tenaga serta ada juga yang sanggup mengupah juruelektrik untuk ubah suai suis utama yang dah pasti tak sah di sisi undang-undang.

Namun, tahukah anda sebenarnya ada cara
yang boleh menjimatkan elektrik dirumah
secara mudah dan tak perlu mengeluarkan
duit pun, tips ini didedahkan oleh Puan
Liyana Syazwani yang ternyata begitu mudah
dan memang berkesan selepas dilakukan.

Menurut perkongsian beliau dilaman
Facebooknya, caranya ialah dengan cabut
plug apabila tidak digunakan dan ternyata
bila membacanya baru admin tahu selama
ini admin sendiri membazir elektrik tanpa
disedari kerana apabila sesuatu barang
elektrik digunakan terutamanya komputer
admin sendiri tidak pernah cabut plug pun
selepas digunakan.

Jom kita ikuti sedikit pengalamannya dalam
perkongsian menarik ini.

Bil-bil elektrik dari bulan Jun – Dec 2015.
Baca cas semasa sahaja.
June – RM205.00
Jul – RM163.41
Aug – RM126.21
Sep – missing *scratching head*
Oct – RM63.64
Nov – RM84.00
Dec – RM39.89
Bulan Jun – Ogos hanya memaparkan cas bil semasa,Bulan September, mula cabut semua plug elektrik yang tak digunakan, ketika suami
beliau bertugas di luar kawasan.Bil bulan Oktober ada berlakunya penurunan.

Ok!

Bulan November, suami ada di rumah dan
masih belum biasa dengan peraturan baru ini
dan selalu tinggalkan laptopnya yang dicas sehingga pagi.

Bil elektrik bulan Disember??
Contoh,Jika anda menggunakan kipas, cabut plug kipas tersebut apabila anda keluar dari bilik walaupuan anda akan kembali masuk ke
dalam bilik beberapa jam kemudian.

Anda boleh menggunakan penghawa dingin
atau apa saja barangan elektrik di rumah
apabila perlu. Caranya ialah, plug barangan
elektrik kekal dicucuk pada soket terutamanya extension plug (1 plug dengan 2-5 plugs)

“Memang tinggilah bil!” Pembetulan, kami juga menggunakan penghawa dingin. Jadi, apabila tidak digunakan, kami cabut plug (jika ada).Bukan hanya sekadar menutup suisnya
sahaja.Namun begitu, plug barangan elektrik yang utama seperti Peti Ais, Thermo Pot, dan yang berkepentingan.
________________________________________
_________________________________

Jun – aug: just to show our normal bills
Sept: start unplug all unused plugs (while husband was outstation)

Oct: ada reduction. Ok!
Nov: Hubby was home and still havent get
use to the new rule. He loves leaving his laptop charging until morning.
Dec:What do we do:
Switch off and unplug unused plug.

Everytime.

Example:

If u use stand fan, unplug the plug when u
want to leave the bedroom. Although u need
to use it again after few hours. Haha.

U can use aircond or any other home
appliances when needed. The trick is the
plug remained at the socket especially
extension plug (1 plug with 2-5 plugs)

Memang tinggi la bill.
Edited to add, we also use aircond. So
unplug it (if ada plug la.. bukan suiz) when
not in use. If can minimize the usage lagi
baik.

Plug yang tak dicabut: fridge, thermo pot,
ubat nyamuk elektrik.Just sharing our experiment. All the best okey!
Sangat menarik tips yang beliau kongsikan
ni. Jadi diharapkan dapat membantu korang
untuk menjimatkan elektrik..

Selasa, 22 Disember 2015

Saintis Ingin Cuba Menanam Ubi Di Planet Marikh

Jika anda pernah menonton filem The
Martian, mungkin anda ingat akan babak
dimana watak utamanya mencuba untuk
menanam ubi di planet Marikh. Seperti ramai sedia maklum, ia hanyalah pada filem sahaja – dan kini, dalam dunia nyata, sekumpulan saintis ingin mencuba untuk merealisasikannya.

Eksperimen ini akan diterajui oleh NASA dan juga International Potato Center – yang mana akan menjadi salah satu usaha untuk membuat tumbuhan membiak dalam sebuah bangunan yang terkawal.

Pada hari ini, daripada kajian yang
dilakukan, ia diketahui yang mana atmosfera planet Marikh mempunyai kandungan karbon dioksida sebanyak 95%. Pasukan saintis ini akan cuba replika akan keadaan di planet Marikh didalam sebuah makmal, dan cuba
membuat ubi tumbuh didalamnya.

Jika eksperimen ini berjaya, kita mungkin
akan melihat perkebunan atau perladangan antara angkasa pada masa akan datang.

Ahad, 20 Disember 2015

Intipati Belanjawan 2016 negeri Selangor

Kedudukan Kewangan Semasa dan
Belanjawan 2016

1. Belanjawan Negeri Selangor pada tahun ini bertemakan “Membangun Smart Selangor Yang Peduli” berhasrat untuk melakukan anjakan paradigma bagi menggalakkan knowledge economy dengan smart infrastructure, melahirkan smart people dan mewujudkan smart government.

2. Belanjawan 2016 berjumlah RM 2.88
bilion dengan 50 peratus diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan 50 peratus untuk belanja pembangunan. Berbanding Belanjawan Persekutuan yang dibentang 80 peratus adalah belanja mengurus.

3. Kedudukan belanjawan sehingga 30
September 2015 adalah surplus sebanyak RM552.58 juta dan dijangka kekal sebagai belanjawan surplus apabila akaun ditutup pada hujung tahun ini.

4. Hasil negeri yang dianggarkan pada tahun 2015 berjumlah RM 1.97 bilion telah melonjak kepada RM 2.05 bilion berbanding perbelanjaan sebenar RM 1.50 bilion sehingga 30 September 2015.

5. Rizab negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan pada 30 September 2015 berjumlah RM 3.58 bilion berbanding RM 3.2 bilion pada 31 Disember 2014.Peningkatan rizab melebihi 12 peratus.

6. Peruntukan mengurus termasuk RM 396.3juta - Emolumen, RM 503.9 juta -
Perkhidmatan dan Bekalan, RM 25.7 juta -Pembelian Aset, RM 441.7 juta -
Perbelanjaan Pemberian dan Kenaan
Bayaran Tetap dan RM 72.4 juta -
Perbelanjaan Lain.

7. Peruntukan pembangunan termasuk RM1.07 bilion - projek infrastruktur jalan, parit dan saliran, pembangunan loji rawatan air baharu serta pengambilan balik tanah; RM208.07 juta pembangunan sosial;RM150.9 juta – pembangunan ekonomi; dan RM10 juta - pembangunan perbandaran.Disiplin fiskal dan pengurusan kewangan berhemah.

8. Pentadbiran Shah Alam mempertahankan disiplin fiskal dan mengamalkan pengurusan kewangan berhemah dengan memelihara tiga cabang utama prinsip kebertanggungjawaban: Ex ante
accountability (memadankan keutamaan
dasar dengan keperluan peruntukan
belanjawan), concurrent accountability
(pemantauan ke atas proses perlaksanaan belanjawan) dan ex post accountability(Dewan Negeri
memastikan eksekutif melaksanakan
belanjawan dengan berhemat dan
pencapaian yang produktif).

9. Kerajaan Negeri akan mengkaji kaedah
mewujudkan Unit Khas Penyampaian
Perkhidmatan untuk menilai pencapaian dan dampak langsung kepada rakyat.
Senario ekonomi

10. Penyusutan nilai ringgit ditambah
dengan kemerosotan komoditi utama negara,menyesakkan lagi ekonomi Malaysia.Kegawatan pasaran saham dan penurunan nilai Yuan menunjukkan ekonomi China signifikan kepada prestasi ekonomi dunia.

11. Negara sedang bergelut dengan krisis
politik dan kegawatan ekonomi berpunca
daripada skandal kewangan 1MDB dengan skala yang tidak pernah dialami.Strategi Belanjawan 2016

12. Belanjawan 2016 merupakan
perancangan awal menuju Smart State dalam tempoh 3 tahun untuk menjana
pembangunan dinamik dan organik melalui lima strategi :

i. Menerajui Gagasan Smart Selangor.
ii. Menjana Sumber Pendapatan Secara
Strategik.
iii. Mempertingkat Pembangunan Berkualiti dan Inisiatif Peduli.
iv. Memperkukuh Kualiti Pendidikan dan
Latihan.
v. Membangun Kapasiti Wanita, Generasi Y dan Ekonomi Kreatif.

Strategi pertama : Menerajui Gagasan Smart Selangor

13. Pembentukan Majlis Perundingan Smart Selangor dan menyediakan roadmap atau blueprint Selangor sebagai Smart State dengan peruntukan sejumlah RM 10 juta bagi tempoh 3 tahun.

14. WiFi Smart Selangor dijangka memberi kesan positif kepada golongan
berpendapatan rendah dan sederhana;
mengurangkan pemisahan digital bandar -luar bandar; meningkatkan connectivity dikalangan rakyat; membina masyarakat
bermaklumat; dan membolehkan peniaga IKS menjual produk mereka secara di atas talian(online shopping).

15. Penubuhan Selangor Information
Technology and E-Commerce Centre (SITEC) dengan kos RM 3.8 juta untuk mengangkat Selangor sebagai hub perdagangan serantau untuk e-dagang dan menyediakan persekitaran kondusif bagi syarikat startup.

Strategi kedua : Menjana sumber pendapatan secara strategik.

16. Program pemuliharaan Sungai Klang
telah bermula pada 2015 dengan peruntukan RM9 juta dengan kerja-kerja:

i. Membersih dan mengutip sampah di dalam dan di tebing sungai;
ii. Membina logboom di muara Bandar Klang di samping membaiki yang sedia ada;
iii. Membeli trash skimmer untuk mengutip sampah di permukaan sungai; dan
iv. Memasang waste trap di 48 kunci air dialiran masuk Sungai Klang untuk mencegah sampah terus mengalir ke dalam sungai.

17. Kajian komprehensif pembangunan
Sungai Klang dengan peruntukan RM 15 juta dibiayai secara bersama oleh MPAJ, MBPJ,MPSJ, MBSA dan MPK.

18. Pembangunan semula bandar
mewujudkan peluang pekerjaan,
meningkatkan kualiti hidup, kemudahan,
infrastruktur, pengurusan aset serta menjana pendapatan negeri.

19. Selangor aktif mempromosi Industrial
Park dengan ciri-ciri Managed Industrial
Park, Gated and Guarded, mengekalkan alam sekitar (paya bakau) serta asrama pekerja yang selesa di dalam bidang pemprosesan makanan, pasaran eksport dan industri berkaitan.

20. Selangor Bio Bay berpusat di Pulau Indah berkeluasan 1,070 ekar dan akan menarik pelaburan dalam industri perubatan dan sains hayat.

21. Selgate Corporation akan meneroka
bidang perubatan dan kesihatan dengan
membangunkan 3 buah hospital di Gombak,Shah Alam dan Setia Alam dengan kos RM300 juta.

Strategi ketiga : Mempertingkat
pembangunan berkualiti dan inisiatif peduli

22. Kerajaan Negeri akan memastikan
kecukupan bekalan air terawat kepada
pengguna melalui Projek Mitigasi 2,
pembangunan Loji Langat 2, membaik pulih Loji Rawatan Air Sungai Langat,
menyalurkan air mentah Sungai Semantan ke Sungai Langat,pengepaman kolam-kolam takungan dan
kajian terperinci “Water Resources Supply,Demand And Distribution Study For Selangor”. Loji rawatan sumber air baru telah dikenalpasti untuk dibangunkan dengan kos bernilai RM778 juta iaitu:

i. Loji Rawatan Air Labohan Dagang, Kuala Langat membekalkan air
ii. Loji Rawatan Air Semenyih 2, Jenderam Hilir dengan kapasiti 100 JLH.

23. Kerajaan Negeri akan meneruskan
program air percuma yang menelan belanja RM1.06 bilion sejak diperkenalkan pada Jun 2008.

24. Hasrat Kerajaan Negeri membina 15,000 unit rumah mampu milik telah mendapat penyertaan yang aktif dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan pemaju swasta. Sehingga kini, 15 pemaju bersedia membina sejumlah 20,568 unit rumah mampu milik dan dijangka siap pada tahun 2018.

25. Kerajaan Negeri menyediakan Skim Khas pembiayaan rumah melalui usahasama dengan institusi perbankan dengan meletakkan cagaran RM20 juta.

26. Skim DanaSel dengan peruntukan RM 10 juta bertujuan membantu golongan
berpendapatan rendah memiliki rumah
melalui kaedah Sewa-dan-Milik.

27. Bagi 2016, sejumlah RM 373 juta
diperuntukkan kepada JKR Negeri Selangor bagi pembangunan projek infrastruktur dan kemudahan awam. Ia adalah peningkatan sebanyak RM 53 juta berbanding peruntukan tahun 2015. Perhubungan jalanraya agar rakyat menikmati kemudahan aksesibiliti,
mengurangkan kesesakan dan menyediakan jalan alternatif.

28. Bagi tahun 2016, Kerajaan Negeri
mencadangkan untuk menambah peruntukan pembangunan JPS kepada RM 80 juta. Ini merupakan peningkatan sebanyak 70.21 peratus. projek yang akan dilaksanakan adalah untuk menangani masalah banjir di Johan Setia, Telok Gadong, Pandamaran dan
Kapar. Selain itu, penambahbaikan sistem saliran di Kampung Melayu Sungai Buloh dan Kampung Tasik Permai, Hulu Langat.

29. Revolusi pembangunan uar bandar
peruntukan RM 40.48 juta meliputi RM 10
juta - kerja-kerja naiktaraf jalan kampung,RM 5 juta - membaikpulih dan membina balairaya serta jambatan, RM 5.65 juta -program pembangunan ekonomi nelayan,petani dan penternak dan RM 5 juta -pembangunan kampung baru.

30. Penyediaan kajian Pelan Induk
Pengangkutan Awam untuk meneliti dan
merangka aspek sistem pengangkutan awam sedia ada, sistem jaringan jalan raya untuk membantu sistem penyuraian dengan kos RM 990,000.

31. Akan memperluaskan perkhidmatan Bas ‘Smart Selangor’ di MPAJ dan MPKj dengan tambahan peruntukan sejumlah RM 10 juta.

32. Pengurusan sisa pepejal akan menjamin pemilihan kontraktor menggunakan tender terbuka dan menolak monopoli; memastikan
kesaksamaan kontraktor berkelayakan; dan mengekalkan kontraktor kecil yang
memenuhi KPI yang ditetapkan.

33. Program Bantuan Makanan Asas dengan peruntukan RM 3 juta bagi membantu golongan kurang berkemampuan kepada 5,000 keluarga termiskin di Negeri Selangor.

34. Pengecualian cukai memberi implikasi kewangan kepada PBT sebanyak RM 41.7 juta – pengecualian cukai taksiran kepada 167,466 buah rumah kos rendah dan 52,781 rumah kampong. Pengecualian fi atau bayaran lesen kepada 67,804 pemegang
lesen peniaga-peniaga kecil seperti, peniaga pasar malam, peniaga pasar tani, penjaja-penjaja dan seumpamanya.

35. Yayasan Hijrah diberi peruntukan
tambahan RM 31 juta untuk meluaskan
program mikrokredit dengan mensasarkan golongan khusus seperti ibu tunggal, asnaf,pekerja ladang, belia dan golongan OKU.

36. Projek perintis pusat sehenti bagi
rawatan autisme “Pusat Didikan dan Terapi Smart Selangor” (atau “DIDIK Smart Selangor”) dengan kos RM500,000.

37. SRJK(T) Coalfields dibangunkan untuk kemudahan pendidikan anak-anak pekerja ladang menempatkan sekurang-kurangnya 500 pelajar.

38. Peruntukan RM 1.5 juta untuk program pencegahan dan kawalan denggi.

39. Peruntukan sebanyak RM 20.9 juta untuk membiayai pembayaran balik sukuk BaIDS bagi pembangunan UNISEL.
Strategi keempat : Memperkukuh kualiti
pendidikan dan latihan

40. Program Brain Bank dengan dana RM 5 juta dan Biasiswa Selangorku berjumlah RM10 juta melalui Tabung Amanah. Dana Bantuan Sara Diri Anak Selangor dengan peruntukan berjumlah RM 2 juta sebagai bantuan awal kepada mahasiswa UNISEL dan KUIS.

41. UNISEL akan mengiktiraf Sijil Unified
Examination Certificate (UEC)

42. Pembinaan 3 buah maahad tahfiz yang baru dengan kos RM 18 juta.

43. Pembinaan dua buah Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MITS) di Ampang dan Bagan Lalang dengan kos RM52 juta.

44. Program Kemahiran Teknikal
diperuntukkan RM 4 juta biasiswa di INPENS.

45. Graduate Employability Enhancement
Program dengan kos RM 1.5 juta untuk
pelbagai kursus pendek bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan menghadapi dunia pekerjaan.
Strategi kelima : Membangun kapasiti
wanita, generasi Y dan ekonomi kreatif.

46. Program perintis Selangor Homemaker Program, untuk wanita profesional memohon waktu bekerja secara anjal atau bekerja dari rumah.

47. RM 3 juta untuk membangun kapasiti
wanita menerusi program pembangunan dan pemberdayaan wanita di Pusat Wanita Berdaya Negeri Selangor (PWB).

48. Program generasi muda di peringkat PBT dengan peruntukan RM 1.45 juta untuk Penggerak Belia Tempatan (PeBT).

49. Peruntukan sejumlah RM 25.08 juta bagi program-program pembangunan generasi muda dan sukan.

50. RM 23 juta untuk pembangunan Akademi Merah Kuning demi menggilap bakat pemain-pemain muda bolasepak Selangor.

51. Pembangunan Art Gallery (galeri seni)
dan Muzium Tekstil di Royal Klang Club
untukmenarik pelancong berjumlah RM 45 juta termasuk membina Heritage Walk.

52. Pembinaan Muzium Setem di Shah Alam bagi menyimpan dan mempamerkan koleksi setem yang mempunyai nilai sejarah dan warisan dengan kos RM 15 juta.Elaun Guru KAFA dan Bonus Penjawat Awam.

53. Kenaikan elaun 6,900 guru-guru KAFA
daripada RM 1,300 kepada RM 1,500 dengan implikasi kewangan sejumlah RM 18.71 juta.Termasuk 150 orang guru di KAFA Integrasi Negeri Selangor dinaikkan elaun daripada RM 800 kepada RM 1,500 dengan implikasi kewangan RM 1.41 juta.

54. Kenaikan elaun Ketua Guru daripada
RM100 kepada RM150 dan elaun Penolong Kanan Akademik dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sebanyak RM 80 dengan implikasi kewangan sebanyak RM819,579.60.

55. Pemberian bonus satu bulan setengah gaji. Pembayaran bonus sebulan gaji telah dibuat pada bulan Mei tahun ini.Pembayaran bonus selebihnya akan dibuat pada 17 Disember 2015 untuk persekolahan anak-anak. Pembayaran bonus memberi implikasi kewangan sebanyak RM 44.1 juta.

ILMU HUTAN - RUGI TAK BACA.!

Pengalaman masuk hutan, berkawan ngan bebudak asli ni, dan termasuk kengkawan yg memang askar, banyak benda yg boleh belajar..iaitu,

1. Lumut Taik Kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai (mcm kes saya kat(Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila
siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah..tak langgar pokok.

2. Ular tedung. Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu,kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. - belajar
dr orang asli.

3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia lebih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) - belajar dr askar.

4. Harimau. kalau mancing dlm hutan,
sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn
unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam',kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dr orang asli.

5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. - belajar dr orang asli.

6. Kepala air. Kalo khemah kat tepi sungai,jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing.

7. Tanda-tanda kepala air. Kalo hujan kat
hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih(klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas.pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang,bentong..saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar..

8. Nak masak air. Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa,kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. - belajar ngan askar.

9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya seperti harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dgn orang asli.

10. Makan makanan yg dimasak i.e ikan
bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti
makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. - ni belajar ngan kaki
pancing lain.

11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang.Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap
disebabkan oleh kanopi pokok dan
kecondongan matahari. - belajar dr
pengalaman.

12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. - orang asli.
Ok, masuk bab amalan bukak khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yg spritual ni..).

1. Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah
tentukan nak khemah, dongak ke atas, carinpokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.

2. Ketinggian dr paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat,tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya
air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat
kawasan yg pokoknya besar2.

3. Tentukan laluan / denai didalam radius
kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur.

4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan
drpada daun dan pokok2 renek (potong je
pokok2 kecik ni,kang dia tumbuh balik).
Pakai je ranting pokok2, sapu sampai
nampak tanah dan takdak daun, so, risiko
terkena sengat lipan, kala jengking dll tu
kurang skit.

5. Dah ready, baru tabur belerang kaler
kuning tu.

6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T
shape, pasang khemah kat secara
menghadap /berhadapan dan unggun api kat tengah.

7. Dlm nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh,sesuai dgn jumlah orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut. Api? confirm depa lari..

8. Kalo ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dgn tali tangsi disambing dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi...

Kredit to:Harry Lord

Jumaat, 18 Disember 2015

Fungsi Instagram Yang Mungkin Jarang Kita Guna


Instagram kini antara media sosial yang
popular dikalangan pengguna smartphone.

Image Aplikasi ini khas buat mereka yang suka berkongsi gambar dan juga menjadi kegilaan kaki selfie .
Mungkin ramai yang guna tetapi ada ramai juga yang tidak tahu dan tak mengunakan sepenuh fungsi-fungsi yang ada pada aplikasi Instagram.

Kami sendiri pun baru tahu ada beberapa
fungsi yang langsung kami tak pernah guna dan tak pernah tahu fungsi itu ada pada Instagram, jadi jom lihat aplikasi Instagram kita sekarang untuk lihat apa fungsi yang jarang kita guna tersebut.

1. Manage Filter

Mungkin ramai yang menggunakan filter apabila berkongsi gambar di IG.Macam kita kadang-kadang guna filter, adakala memang tak nak guna filter.Ada lebih kurang 40 filter yang tersedia pada aplikasi IG.

Tahu tak?
Sebenarnya kita boleh susun dan atur filter ini mengikut filter kegemaran kita.
Cuma perlu scroll sampai hujung pada fungsi filter, sehingga jumpa "Manage". Selepas itu kita boleh pilih filter yang kita suka, dan susun atur ikut suka hati kita.
Jadi tka perlulah kita scroll panjang untuk cari filter yang selalu kita guna.

2. Hantar Post Pada Feed Rakan-Rakan

Aplikasi IG juga memiliki sistem pesanannya sendiri iaitu Instagram Direct.Kalau anda perasan ada satu icon pada bucu dekat atas belah kanan. Tujuannya adalah untuk menghantar gambar terus kepada rakan-rakan IG kita.
Tetapi kita juga boleh menggunakannya
untuk menghantar gambar yang ada di feed IG kita kepada rakan.

3. Straighten, Adjust Perspective, And
Rotate Gambar

Fungis ini berfungsi jika gambar kita telah di'cropped' jadi empat segi sama (square 1:1). Cara unutk gunakan fungsi ini adalah dengan pergi ke wrench icon > tekan Adjust.
Selepas itu ada 3 fungsi tersebut akan
muncul, kita boleh buat gambar kita jadi
senget secara menegak atau mendatar, dan juga boleh putarkan gambar kita ikut suka hati kita.

4. Link Kepada Pelbagai Akaun Sosial Kita

Media sosial yang sering aku sync bersama IG adalah Twitter dan Tumblr, yang popular orang guna juga adalah facebook. Tetapi jika korang ada akaun media sosial yang lain korang boleh juga sync dengan akaun IG ini seperti Flickr, Swarm, Weibo, Ameba, ミク シィ/Mixi, and VKontakte.

Cara nak setting, pergi ke gear icon pada
profil, klik Settings > Linked Accounts >
Selepas itu pilih akaun media sosial yang
kita nak guna. Kena masukkan detail akaun dan password.

5. Penggunaan Aplikasi Instagram

Mungkin ramai yang tak tahu IG ada
beberapa 3 aplikasi standalone yang lain
iaitu Hyperlapse, Layout dan Boomerang.
Hyperlapse adalah aplikasi untuk kita buat video time-lapse.
Layout pula untuk buat collaged gambar,
yang ini aku pernah guna, kalau nak
masukkan banyak gambar dalam satu post.Boomerang pula kita boleh guna untuk buat looping short video.
Selepas korang guna aplikasi ini, kita boleh terus import post ke IG.

6. Tukar Thumbnail Video Anda

Sebelum kita post video dekat IG, kita boleh pilih gambar thumbnail daripada frame video kita. Klik icon segi empat (Square) yang berada disebelah stabilization icon dan slide untuk mencari gambar yang sesuai untk dijadikan thumbnail.

7. Lihat Gambar Yang Telah Kita 'Like'

Jika kita rasa pernah tersalah like, atau rasa menyesal like satu-satu gamabr kita boleh cari balik gambar tersebut dan
'unlike'.
Caranya adalah, anda perlu klik gear icon
pada profil anda, Klik "Account" > "Posts
You've Liked." Selepas itu anda boleh susun semula gambar-gambar yang anda telah 'like'.

8. Lihat Gambar-gambar Yang Orang Dah Tag Nama Kita

Jika korang ni popular tahap retis dan selalu kena tag dengan orang lain, inilah cara untk kornag lihat balik gambar-gamabr tersebut.
Pergi ke profil anda dan tekan pada "person-in-a-tag icon".

9. Lihat Post Pada Peta Dunia.

Jika setiap kali kita tambah lokasi pada
gambar post kita, secara automatik ia akan dihantar ke peta foto kita. Kita akan dapat lihat peta dunia yang mempamerkan semua tempat yang pernah kita post gambar.
Cuma perlu pergi ke profil anda, tekan pada location tag icon. Dari sini kita boleh zoom in & out pada lokasi tertentu dan melihat goe-tagged tertentu.

Isnin, 14 Disember 2015

Pasangan Anak Beranak Ini Mengubahsuai Bas Lama Menjadi Rumah Mini yang Sangat Unik

Banyak aktiviti menarik boleh dilakukan
bersama seorang ayah dan anak lelaki
mereka. Antaranya seperti aktiviti riadah,
pertukangan, rekreasi dan macam-macam lagi.

Post kali ini kami nak kongsikan
kepada anda gabungan anak beranak ini
yang mengubahsuai sebuah bas lama
menjadi rumah mini yang sangat unik dan kreatif.

Lelaki Ini Jutawan Tetapi Beliau Hanya Tinggal Di Dalam Van Buruknya Sahaja

Daniel Norris adalah salah seorang permain Baseball yang terkenal. Sejak berusia 21- tahun beliau bersama dengan team Fastball 96 MPH, Norris mempunyai masa depan yang sangat cerah.

Walau pun dengan gaji yang begitu lumayan lebih daripada $ 2 juta selepas menandatangi kontrak bersama.
Beliau lebih suka merendahkan diri beliau,memilih untuk tidak meneruskan gaya hidup mewah,Daniel Norris suka menghabiskan masa dengan gaya hidup bebas, beliau membeli van Westfalia Camper 1978 dengan harga $10,000.

Dia memanggilnya "Shaggy."
Norris lebih suka mengambara,memasak makanan sendiri telur dan hash kesukaannya dengan dapur mudah alih beliau.

"Ia seperti satu perkara yang tenang bagi
saya," katanya.
"Saya tidak akan berubah hanya kerana orang fikir ia adalah pelik.

Satu-satunya cara saya akan dapat melihat perubahan musim yang hebat dengan bahagia dan akan terus menikmatinya. Ia mungkin tidak konvensional, tetapi untuk merasa lebih baik tentang kehidupan, saya perlu mempunyai pengalaman pengembaraan. " Jelas beliau.

Khamis, 10 Disember 2015

Lenovo Screen Jacket – Jaket Yang Boleh Berubah Menjadi Skrin Untuk Projektor

Lenovo mempunyai beberapa tablet, dan
salah satunya adalah Lenovo YOGA Tab 3 Pro yang hadir dengan projektor terbina
pada bahagian tepinya.

Untuk menggunakan projektor berkenaan, kebiasaannya, anda akan perlu mencari sebuah latar berwarna cerah, atau putih kebiasaannya dinding –tetapi mungkin sukar untuk dijumpai dibeberapa lokasi, sebagai contoh ketika di luar rumah atau bercuti.

Untuk menyelesaikan masalah berkenaan,kini Lenovo hadir dengan sebuah aksesori khusus dinamakan sebagai Screen Jacket.Lenovo Screen Jacket ini merupakan sebuah
jaket baju yang hadir dengan corak unik dan ia boleh dibuka dan digunakan sebagai skrin mudah-alih anda.

Ia diubah menjadi skrin dengan
menggunakan bahagian dalam jaket
berkenaan, yang turut hadir dengan
beberapa cangkuk yang boleh dipasang
untuk menegangkannya dan menjadikannya sebagai sebuah skrin putih.

Apabila dijadikan skrin, ia membawa kepada keluasan sebesar 120smx60sm yang mana disesuaikan dengan tablet Yoga Tab 3 Pro.

Apa pun, apa yang mungkin menghentikan anda daripada membelinya adalah harga jualannya.

Lenovo Screen Jacket ini berharga €350 yang mana sekitar RM1639.

https://www.youtube.com/watch?v=QFZoRKLs330&feature=youtube_gdata_player

Google Photos Kini Memudahkan Anda Berkongsi Album Gambar

Google sebelum ini telah berkongsi
mengenai fungsi yang bakal hadir ke Google Photos, dan salah satu yang dikongsikan adalah fungsi berkongsi album gambar, atau dipanggil Shared Albums.

Hari ini, fungsi berkenaan diperkenalkan secara rasminya pada web, Android dan juga iOS.

Melalui fungsi ini, pengguna boleh berkongsi sesuatu album gambar dengan ahli keluarga atau rakan lain – sekaligus membolehkan mereka memuat-naik dan melihat gambar dan video pada album berkenaan.

Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna
hanya perlu membuat album gambar baru pada Google Photos, dan seterusnya
menghantar pautan album tersebut kepada sesiapa yang dikehendaki.

Fungsi baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Google Photos di Android, iOS dan juga web bermula hari ini.