Ahad, 20 Disember 2015

Intipati Belanjawan 2016 negeri Selangor

Kedudukan Kewangan Semasa dan
Belanjawan 2016

1. Belanjawan Negeri Selangor pada tahun ini bertemakan “Membangun Smart Selangor Yang Peduli” berhasrat untuk melakukan anjakan paradigma bagi menggalakkan knowledge economy dengan smart infrastructure, melahirkan smart people dan mewujudkan smart government.

2. Belanjawan 2016 berjumlah RM 2.88
bilion dengan 50 peratus diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan 50 peratus untuk belanja pembangunan. Berbanding Belanjawan Persekutuan yang dibentang 80 peratus adalah belanja mengurus.

3. Kedudukan belanjawan sehingga 30
September 2015 adalah surplus sebanyak RM552.58 juta dan dijangka kekal sebagai belanjawan surplus apabila akaun ditutup pada hujung tahun ini.

4. Hasil negeri yang dianggarkan pada tahun 2015 berjumlah RM 1.97 bilion telah melonjak kepada RM 2.05 bilion berbanding perbelanjaan sebenar RM 1.50 bilion sehingga 30 September 2015.

5. Rizab negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan pada 30 September 2015 berjumlah RM 3.58 bilion berbanding RM 3.2 bilion pada 31 Disember 2014.Peningkatan rizab melebihi 12 peratus.

6. Peruntukan mengurus termasuk RM 396.3juta - Emolumen, RM 503.9 juta -
Perkhidmatan dan Bekalan, RM 25.7 juta -Pembelian Aset, RM 441.7 juta -
Perbelanjaan Pemberian dan Kenaan
Bayaran Tetap dan RM 72.4 juta -
Perbelanjaan Lain.

7. Peruntukan pembangunan termasuk RM1.07 bilion - projek infrastruktur jalan, parit dan saliran, pembangunan loji rawatan air baharu serta pengambilan balik tanah; RM208.07 juta pembangunan sosial;RM150.9 juta – pembangunan ekonomi; dan RM10 juta - pembangunan perbandaran.Disiplin fiskal dan pengurusan kewangan berhemah.

8. Pentadbiran Shah Alam mempertahankan disiplin fiskal dan mengamalkan pengurusan kewangan berhemah dengan memelihara tiga cabang utama prinsip kebertanggungjawaban: Ex ante
accountability (memadankan keutamaan
dasar dengan keperluan peruntukan
belanjawan), concurrent accountability
(pemantauan ke atas proses perlaksanaan belanjawan) dan ex post accountability(Dewan Negeri
memastikan eksekutif melaksanakan
belanjawan dengan berhemat dan
pencapaian yang produktif).

9. Kerajaan Negeri akan mengkaji kaedah
mewujudkan Unit Khas Penyampaian
Perkhidmatan untuk menilai pencapaian dan dampak langsung kepada rakyat.
Senario ekonomi

10. Penyusutan nilai ringgit ditambah
dengan kemerosotan komoditi utama negara,menyesakkan lagi ekonomi Malaysia.Kegawatan pasaran saham dan penurunan nilai Yuan menunjukkan ekonomi China signifikan kepada prestasi ekonomi dunia.

11. Negara sedang bergelut dengan krisis
politik dan kegawatan ekonomi berpunca
daripada skandal kewangan 1MDB dengan skala yang tidak pernah dialami.Strategi Belanjawan 2016

12. Belanjawan 2016 merupakan
perancangan awal menuju Smart State dalam tempoh 3 tahun untuk menjana
pembangunan dinamik dan organik melalui lima strategi :

i. Menerajui Gagasan Smart Selangor.
ii. Menjana Sumber Pendapatan Secara
Strategik.
iii. Mempertingkat Pembangunan Berkualiti dan Inisiatif Peduli.
iv. Memperkukuh Kualiti Pendidikan dan
Latihan.
v. Membangun Kapasiti Wanita, Generasi Y dan Ekonomi Kreatif.

Strategi pertama : Menerajui Gagasan Smart Selangor

13. Pembentukan Majlis Perundingan Smart Selangor dan menyediakan roadmap atau blueprint Selangor sebagai Smart State dengan peruntukan sejumlah RM 10 juta bagi tempoh 3 tahun.

14. WiFi Smart Selangor dijangka memberi kesan positif kepada golongan
berpendapatan rendah dan sederhana;
mengurangkan pemisahan digital bandar -luar bandar; meningkatkan connectivity dikalangan rakyat; membina masyarakat
bermaklumat; dan membolehkan peniaga IKS menjual produk mereka secara di atas talian(online shopping).

15. Penubuhan Selangor Information
Technology and E-Commerce Centre (SITEC) dengan kos RM 3.8 juta untuk mengangkat Selangor sebagai hub perdagangan serantau untuk e-dagang dan menyediakan persekitaran kondusif bagi syarikat startup.

Strategi kedua : Menjana sumber pendapatan secara strategik.

16. Program pemuliharaan Sungai Klang
telah bermula pada 2015 dengan peruntukan RM9 juta dengan kerja-kerja:

i. Membersih dan mengutip sampah di dalam dan di tebing sungai;
ii. Membina logboom di muara Bandar Klang di samping membaiki yang sedia ada;
iii. Membeli trash skimmer untuk mengutip sampah di permukaan sungai; dan
iv. Memasang waste trap di 48 kunci air dialiran masuk Sungai Klang untuk mencegah sampah terus mengalir ke dalam sungai.

17. Kajian komprehensif pembangunan
Sungai Klang dengan peruntukan RM 15 juta dibiayai secara bersama oleh MPAJ, MBPJ,MPSJ, MBSA dan MPK.

18. Pembangunan semula bandar
mewujudkan peluang pekerjaan,
meningkatkan kualiti hidup, kemudahan,
infrastruktur, pengurusan aset serta menjana pendapatan negeri.

19. Selangor aktif mempromosi Industrial
Park dengan ciri-ciri Managed Industrial
Park, Gated and Guarded, mengekalkan alam sekitar (paya bakau) serta asrama pekerja yang selesa di dalam bidang pemprosesan makanan, pasaran eksport dan industri berkaitan.

20. Selangor Bio Bay berpusat di Pulau Indah berkeluasan 1,070 ekar dan akan menarik pelaburan dalam industri perubatan dan sains hayat.

21. Selgate Corporation akan meneroka
bidang perubatan dan kesihatan dengan
membangunkan 3 buah hospital di Gombak,Shah Alam dan Setia Alam dengan kos RM300 juta.

Strategi ketiga : Mempertingkat
pembangunan berkualiti dan inisiatif peduli

22. Kerajaan Negeri akan memastikan
kecukupan bekalan air terawat kepada
pengguna melalui Projek Mitigasi 2,
pembangunan Loji Langat 2, membaik pulih Loji Rawatan Air Sungai Langat,
menyalurkan air mentah Sungai Semantan ke Sungai Langat,pengepaman kolam-kolam takungan dan
kajian terperinci “Water Resources Supply,Demand And Distribution Study For Selangor”. Loji rawatan sumber air baru telah dikenalpasti untuk dibangunkan dengan kos bernilai RM778 juta iaitu:

i. Loji Rawatan Air Labohan Dagang, Kuala Langat membekalkan air
ii. Loji Rawatan Air Semenyih 2, Jenderam Hilir dengan kapasiti 100 JLH.

23. Kerajaan Negeri akan meneruskan
program air percuma yang menelan belanja RM1.06 bilion sejak diperkenalkan pada Jun 2008.

24. Hasrat Kerajaan Negeri membina 15,000 unit rumah mampu milik telah mendapat penyertaan yang aktif dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan pemaju swasta. Sehingga kini, 15 pemaju bersedia membina sejumlah 20,568 unit rumah mampu milik dan dijangka siap pada tahun 2018.

25. Kerajaan Negeri menyediakan Skim Khas pembiayaan rumah melalui usahasama dengan institusi perbankan dengan meletakkan cagaran RM20 juta.

26. Skim DanaSel dengan peruntukan RM 10 juta bertujuan membantu golongan
berpendapatan rendah memiliki rumah
melalui kaedah Sewa-dan-Milik.

27. Bagi 2016, sejumlah RM 373 juta
diperuntukkan kepada JKR Negeri Selangor bagi pembangunan projek infrastruktur dan kemudahan awam. Ia adalah peningkatan sebanyak RM 53 juta berbanding peruntukan tahun 2015. Perhubungan jalanraya agar rakyat menikmati kemudahan aksesibiliti,
mengurangkan kesesakan dan menyediakan jalan alternatif.

28. Bagi tahun 2016, Kerajaan Negeri
mencadangkan untuk menambah peruntukan pembangunan JPS kepada RM 80 juta. Ini merupakan peningkatan sebanyak 70.21 peratus. projek yang akan dilaksanakan adalah untuk menangani masalah banjir di Johan Setia, Telok Gadong, Pandamaran dan
Kapar. Selain itu, penambahbaikan sistem saliran di Kampung Melayu Sungai Buloh dan Kampung Tasik Permai, Hulu Langat.

29. Revolusi pembangunan uar bandar
peruntukan RM 40.48 juta meliputi RM 10
juta - kerja-kerja naiktaraf jalan kampung,RM 5 juta - membaikpulih dan membina balairaya serta jambatan, RM 5.65 juta -program pembangunan ekonomi nelayan,petani dan penternak dan RM 5 juta -pembangunan kampung baru.

30. Penyediaan kajian Pelan Induk
Pengangkutan Awam untuk meneliti dan
merangka aspek sistem pengangkutan awam sedia ada, sistem jaringan jalan raya untuk membantu sistem penyuraian dengan kos RM 990,000.

31. Akan memperluaskan perkhidmatan Bas ‘Smart Selangor’ di MPAJ dan MPKj dengan tambahan peruntukan sejumlah RM 10 juta.

32. Pengurusan sisa pepejal akan menjamin pemilihan kontraktor menggunakan tender terbuka dan menolak monopoli; memastikan
kesaksamaan kontraktor berkelayakan; dan mengekalkan kontraktor kecil yang
memenuhi KPI yang ditetapkan.

33. Program Bantuan Makanan Asas dengan peruntukan RM 3 juta bagi membantu golongan kurang berkemampuan kepada 5,000 keluarga termiskin di Negeri Selangor.

34. Pengecualian cukai memberi implikasi kewangan kepada PBT sebanyak RM 41.7 juta – pengecualian cukai taksiran kepada 167,466 buah rumah kos rendah dan 52,781 rumah kampong. Pengecualian fi atau bayaran lesen kepada 67,804 pemegang
lesen peniaga-peniaga kecil seperti, peniaga pasar malam, peniaga pasar tani, penjaja-penjaja dan seumpamanya.

35. Yayasan Hijrah diberi peruntukan
tambahan RM 31 juta untuk meluaskan
program mikrokredit dengan mensasarkan golongan khusus seperti ibu tunggal, asnaf,pekerja ladang, belia dan golongan OKU.

36. Projek perintis pusat sehenti bagi
rawatan autisme “Pusat Didikan dan Terapi Smart Selangor” (atau “DIDIK Smart Selangor”) dengan kos RM500,000.

37. SRJK(T) Coalfields dibangunkan untuk kemudahan pendidikan anak-anak pekerja ladang menempatkan sekurang-kurangnya 500 pelajar.

38. Peruntukan RM 1.5 juta untuk program pencegahan dan kawalan denggi.

39. Peruntukan sebanyak RM 20.9 juta untuk membiayai pembayaran balik sukuk BaIDS bagi pembangunan UNISEL.
Strategi keempat : Memperkukuh kualiti
pendidikan dan latihan

40. Program Brain Bank dengan dana RM 5 juta dan Biasiswa Selangorku berjumlah RM10 juta melalui Tabung Amanah. Dana Bantuan Sara Diri Anak Selangor dengan peruntukan berjumlah RM 2 juta sebagai bantuan awal kepada mahasiswa UNISEL dan KUIS.

41. UNISEL akan mengiktiraf Sijil Unified
Examination Certificate (UEC)

42. Pembinaan 3 buah maahad tahfiz yang baru dengan kos RM 18 juta.

43. Pembinaan dua buah Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MITS) di Ampang dan Bagan Lalang dengan kos RM52 juta.

44. Program Kemahiran Teknikal
diperuntukkan RM 4 juta biasiswa di INPENS.

45. Graduate Employability Enhancement
Program dengan kos RM 1.5 juta untuk
pelbagai kursus pendek bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan menghadapi dunia pekerjaan.
Strategi kelima : Membangun kapasiti
wanita, generasi Y dan ekonomi kreatif.

46. Program perintis Selangor Homemaker Program, untuk wanita profesional memohon waktu bekerja secara anjal atau bekerja dari rumah.

47. RM 3 juta untuk membangun kapasiti
wanita menerusi program pembangunan dan pemberdayaan wanita di Pusat Wanita Berdaya Negeri Selangor (PWB).

48. Program generasi muda di peringkat PBT dengan peruntukan RM 1.45 juta untuk Penggerak Belia Tempatan (PeBT).

49. Peruntukan sejumlah RM 25.08 juta bagi program-program pembangunan generasi muda dan sukan.

50. RM 23 juta untuk pembangunan Akademi Merah Kuning demi menggilap bakat pemain-pemain muda bolasepak Selangor.

51. Pembangunan Art Gallery (galeri seni)
dan Muzium Tekstil di Royal Klang Club
untukmenarik pelancong berjumlah RM 45 juta termasuk membina Heritage Walk.

52. Pembinaan Muzium Setem di Shah Alam bagi menyimpan dan mempamerkan koleksi setem yang mempunyai nilai sejarah dan warisan dengan kos RM 15 juta.Elaun Guru KAFA dan Bonus Penjawat Awam.

53. Kenaikan elaun 6,900 guru-guru KAFA
daripada RM 1,300 kepada RM 1,500 dengan implikasi kewangan sejumlah RM 18.71 juta.Termasuk 150 orang guru di KAFA Integrasi Negeri Selangor dinaikkan elaun daripada RM 800 kepada RM 1,500 dengan implikasi kewangan RM 1.41 juta.

54. Kenaikan elaun Ketua Guru daripada
RM100 kepada RM150 dan elaun Penolong Kanan Akademik dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sebanyak RM 80 dengan implikasi kewangan sebanyak RM819,579.60.

55. Pemberian bonus satu bulan setengah gaji. Pembayaran bonus sebulan gaji telah dibuat pada bulan Mei tahun ini.Pembayaran bonus selebihnya akan dibuat pada 17 Disember 2015 untuk persekolahan anak-anak. Pembayaran bonus memberi implikasi kewangan sebanyak RM 44.1 juta.

Tiada ulasan: