Rabu, 23 Disember 2015

WhatsApp Bakal Hadir Dengan Sokongan Panggilan Video?

WhatsApp pada tahun ini telah
memperkenalkan sokongan panggilan suara pada aplikasi permesejan popular mereka – memudahkan sesiapa sahaja dalam WhatsApp untuk membuat panggilan suara antara satu sama lain.

Kini, bergerak ke hadapan, WhatsApp yang dimiliki oleh Facebook ini dilihat mungkin bakal memperkenalkan sokongan panggilan video.

Fungsi panggilan video ini dilihat telah pun dicuba beberapa pengguna pada versi beta WhatsApp untuk iOS.
Menggunakannya,pengguna seperti biasa boleh membuat panggilan video, dan turut boleh mengawal sokongan audio dan beberapa yang lain.

Seperti ramai sedia maklum, beberapa
aplikasi permesejan lain telah pun sedia
menyokong panggilan video ini – termasuk Facebook Messenger sendiri.

Ia tidak diketahui lagi bilakah WhatsApp
akan memperkenalkan sokongan panggilan video ini, memandangkan pelbagai pengoptimasian perlu dilakukan termasuk dari segi penggunaan data untuk panggilan video berkenaan.

Tiada ulasan: